Wednesday 9 October 2013

Kisah Seekor Anjing Bernama Springer

Anjing ini terbiar di dalam sangkar di sebuah rumah kosong dan pada waktu dia dijumpai, badannya betul-betul kurus kering dan lemah kerana tidak diberi makan oleh tuannya, nasib nya baik kerana dijumpai oleh leftenan Tolley yang kemudiannya terpaksa menunggu selama sebulan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anjing baka australian shepherd ini. Pemilik terdahulu didakwa kerana mengabaikan anjing ini dan kemudian setelah diletakkan di bawah jagaan Brunswick Shelter dan ada juga staff pusat jagaan haiwan itu yang membawa nya pulang ke rumah mereka untuk memulihkan emosi anjing itu. Semasa di Brunswick shelter juga springer diberi makan secukup nya dan bekalan makanan yang didermakan oleh mereka yang bersimpati tidak putus-putus, ini mengingatkan aku kepada pasangan pakcik Azmi dan mak cik Halija  yang membuka pusat jagaan haiwan terbiar.

 



No comments:

Post a Comment