Saturday, 16 May 2015

Piramid Sudan

Kita semua tahu Piramid itu terletak di Mesir, tetapi siapa sangka di Sudan juga ada piramid ! Piramid di Sudan ini lebih berseni kerana dipengaruhi unsur-unsur Greek,Mesir dan Rom ini terletak di Meroe ini sudah pun diletakkan dibawah senarai tapak warisan dunia UNESCO tetapi disebabkan Sudan berada dalam pergolakan dan ketidakstabilan sosio ekonomi menyebabkan piramid ini terbiar di gurun tanpa sebarang penjagaan.

Berbanding piramid Giza yang dikunjungi jutaan pelancong, piramid ini hanya dikunjungi pelancong dalam jumlah yang kecil kerana faktor logistik. Piramid ini dibina antara 720-300 tahun sebelum masihi, piramid ini dibina ketika era Kerajaan Kush berkuasa dari 8 tahun sebelum masihi hingga tahun ke 4 masihi. Tapak ini juga dipercayai antara tamadun awal di lembah sungai Nil dan penguasa di era itu bergelar ' Firaun Hitam '. Atas faktor masa juga ada binaan piramid ini yang kian runtuh dan terhakis.











No comments:

Post a Comment