Sunday 24 May 2015

Lions12 Juara Piala FA 2015

Buat pertama kali nya, Lions12 mara ke perlawanan akhir piala FA dan berjaya merangkul kejuaraan pertama mereka sejak diperkenalkan pada 1990. Perlawanan semalam seakan-akan memihak Kelantan kerana seperti biasa rakyat Malaysia masih lagi dengan sentimen kenegaraan mereka hatta di pertandingan peringkat kelab. Tetapi siapa sangka, dengan 4 orang import Kelantan masih gagal menembusi gawang Lions, jangan terkejut kerana banyak percubaan ke pintu gol dan peluang di miliki oleh Kelantan dan jelas sekali bahagian serangan mereka lebih effektik tetapi tidak produktif.



Lions mendapat gol awal melalui Faris Ramli akibat kesilapan Nik Shahrul Azim yang tidak mengawal ketat, gol penyamaan menyusul dari gerakan cantik Gilmar yang melambungkan bola kepada Wan Zack Haikal. Gandingan 2 beradik Khairul Amri dan Khairul Nizam tidak begitu menjadi pada malam ini dengan Nizam lebih banyak bermain di sebagai defensif striker saya kira, apabila melihat dia lebih banyak bermain di tengah padang dari bahagian serangan. Amri pula masih bermain dengan baik pada malam ini dengan bertindak sebagai target man tetapi mereka tidak mampu bertahan sehingga ke minit 90 apabila kedua-duanya dilanda kecederaan.




Gol kedua menyusul apabila Nik Shahrul Azim gagal menahan bola dengan kemas walaupun tidak berada dalam situasi genting. Sahil Suhaimi merampas bola dan berlari terus ke arah gol dan melepaskan satu sepakan leret. Kepincangan Kelantan pada malam ini ditambah dengan kegagalan Amir Ridzuan Taj mengepung Sahil Suhaimi dan menarik jatuh Sahil. Penalti diberikan dengan tenan Sahil merembat masuk gol ketiga dan sah lah Piala FA buat pertama kali nya dibawa masuk ke Singapura selepas Liga Super 2013, Liga Perdana 1994 dan Piala Malaysia 1994.




No comments:

Post a Comment