Sunday 1 February 2015

Australia 2-0 UAE Piala Asia 2015

 UAE tampil mengejut di separuh akhir kali ini apabila menewaskan Jepun di suku akhir melalui penentuan penalti. Ramai yang meramal UAE akan memberi kejutan kepada Australia tetapi sebaliknya berlaku apabila Australia menjaring kan 2 gol awal secara mudah untuk layak ke Final Piala Asia untuk kali kedua berturut-turut.


Gol pertama hasil tandukan Trent Sainsburry yang tidak dikawal pertahanan UAE dan dengan tenang menanduk bola yang melantun ke tanah dan melantun masuk ke gol UAE. Gol awal ini memberi petanda Australia bakal membelasah UAE ditambah dengan permainan mereka yang rancak dan ketenangan barisan pertahanan Socceroos mengawal kegopohan barisan serangan UAE.


Tidak lama selepas gol pertama, gol kedua pula menyusul. Jason Davidson menjaringkan gol pertamanya untuk Australia melalui sepakan leret selepas menerima bola dari Massimo Luongo yang cuba menghidupkan peluang selepas percubaan Matthew Leckie dihalang pertahanan UAE. Seawal minit ke 13 Socceroos sudah selesa mendahului 2-0. Ramai yang meramal mereka akan berpesta gol dalam perlawanan ini tetapi keputusan 2-0 kekal hinggan tamat perlawanan.





No comments:

Post a Comment