Perlawanan berlangsung di Stadium Australia, Sydney. Dihadiri 76 385 penonton yang majoritinya penyokong Socceroos dan sejumlah kecil dari itu adalah penyokong Taeguk warriors. Korea Selatan dilihat sebagai calon utama juara kali ini berdasarkan rekod mereka yang belum melepaskan sebarang gol dalam kejohanan ini dan mereka satu-satunya pasukan yang belum tewas dan berjaya menewaskan Australia dalam peringkat kumpulan.
Separuh masa pertama Korea bertahan dengan baik untuk memastikan Australia buntu mencipta gol dengan hanya 2-3 percubaan berbahaya berjaya dilakukan. Korea Selatan pula memanfaatkan kelebihan mereka yang mampu mengatur serangan dengan baik dan berjaya melancarkan percubaan ke pintu gol Australia tetapi nasib tidak menyebelahi mereka untuk mencetak gol. Antaranya tandukan Kwak Tae Hwi dan volley Song Hyun Min yang tersasar dari pintu gol.
Dikala semua penonton bersiap sedia untuk rehat separuh masa pertama, Massimo Luongo melakukan percubaan di luar jangkaan semua apabila rembatannya menerjah jaring Korea Selatan untuk Australia mendahului 1-0. Rekod bersih Kim Jin Hyeon akhirnya bocor apabila dia gagal menangkap percubaan Massimo Luongo itu walaupun sudah mengagak dengan tepat ke arah mana bola itu pergi.
Separuh masa kedua bermula, permainan lebih tenang dari Australia dan dengan kelebihan 1 gol itu mereka sepatutnya menambah gol lagi untuk memadam semangat perjuanagn Korea, tetapi barisan serangan mereka begitu hambar dan Robbie Kruse terutamanya gagal beraksi dengan baik sejak separuh masa pertama lebih banyak berguling sana sini dari melakukan percubaan ke pintu gol. Tim Cahill dikeluarkan dan ini seakan memberi petanda Australia mahu menamatkan permainan ini dengan bertahan dan hanya membuat clearance. Tetapi kelalaian mereka ini menghukum diri sendiri, di kala permainan tinggal 1 minit 30 saat kesilapan Trent Sainsburry yang gagal menanduk kemas bola akhirnya dimanfaatkan Han Kook Young dengan menghantar bola kepada Ki Sung Yeung dan membuat hantaran pendek kepada Song Heung Min yang dengan tenang merembat ke gawang Matty Ryan untuk gol penyamaan Korea Selatan.
Perlawanan berlangsung hingga masa tambahan, Australia kembali melancarkan serangan tetapi buntu mencari gol dan begitu juga dengan Korea apabila Matty Ryan cemerlang di gawangnya dengan melakukan beberapa tepisan. Tomi Juric yang cuba mengawal bola di penjuru kiri gol Korea cuba melakukan helah untuk mendapatkan sepakan percuma tetapi dia bijak memanipulasi bola dengan mengawal dengan kemas dan menyusup masuk ke dalam kotak penalti dengan merembat ke arah penjaga gol dan James Troisi menyerbu masuk merembat masuk bola muntah itu dan meledak gol kemenangan Australia. Sekaligus melegakan kegusaran hati penyokong tuan rumah.
Siapa sangka, Ange Postcoglou yang hanya dilantik 15 bulan yang lalu berjaya membentuk semula pasukan Australia berwajah baru dan berjaya menjadi juara Asia untuk pertama kalinya. Tambah manis pula kemenangan ini diraikan dihadapan penyokong sendiri. Ternyata Ange Postecoglou berjaya melaksanakan misi yang dianggap mustahil ini.
No comments:
Post a Comment