Wednesday 15 August 2012

FA kecil yang berjiwa besar

perlawanan persahabatan akan berlangsung.dan pastinya ada gred yang memisahkan untuk menentukan sesuatu perlawanan itu gred A,B atau C. penentuan gred perlawanan sudah tentunya melibatkan negara-negara yang berada di ranking top 70 dan bawah 70.contohnya perlawanan persahabatan itali menentang england sudah tentu lebih berprestij dari perlawanan persahabatan hong kong menentang singapura.

di sini aku senaraikan FA yang benar-benar buat kerja dengan mengadakan perlawanan dengan pasukan gergasi walaupun pasukan itu kurang ternama contohnya Panama,umum sudah tahu panama bukan lah peserta piala dunia dan hanyalah peserta piala emas concacaf.tapi siri perlawanan persahabatan mereka bukan lah menentang kelab-kelab ternama tetapi menentang ranking yang lebih atas iaitu USA, PARAGUAY memang la panama kalah kepada negara-negara ini tetapi harus diingat panama dibarisi pemain yang hanya bermain di liga panama sendiri dan separuh lagi bermain di liga argentina,mexico,amerika syarikat dan uruguay. tetapi itu tidak jadi alasan kepada mereka untuk bekerja keras mengadakan perlawanan dengan pasukan berkelas dunia esok,panama akan menentang portugal yang dibarisi pemain berkelas dunia dan portugal berada 49 anak tangga di atas panama dalam ranking fifa.

lagi satu perlawanan yang mengejutkan ialah puerto rico menentang sepanyol.puerto rico bukan lah berada di ranking top 70 dunia tetapi itu bukan penghalang untuk mereka membuat appointment perlawanan persahabatan dengan sepanyol yang berada di ranking nombor 1 dunia.harus ditekankan puerto rico berada di ranking 138 fifa tetapi juara dunia masih sudi menerima tawaran mereka.aku pasti tawaran puerto rico ini dibuat bukan bulan lepas,tahun lepas, sebaliknya 4 tahun lepas mungkin selepas sepanyol menang euro 2008. juga diingatkan disini puerto rico berada di bawah thailand 'tahiland' tetapi mereka masih mampu mengadakan perlawanan gred A bertemu sepanyol.kalah 10-0 itu belakang cerita yang penting mereka mampu menarik juara dunia untuk bertemu mereka.

berdasarkan perlawanan di atas jawatankuasa FAM rasanya dah boleh bangun dari kerusi empuk di wisma FAM dan membeli tiket kapal terbang ke puerto rico atau panama untuk mempelajari cara-cara pengurusan yang efisien dan mencuci minda dari bayangan juara AFF dan gold medal sukan sea.

No comments:

Post a Comment