Tuesday, 28 April 2015

Perniagaan Milik Selebriti Yang Gagal

Mereka mempunyai populariti dan pengaruh dalam dunia hiburan di Amerika dan juga seluruh dunia, tetapi itu tidak bermakna mereka ini mampu mengendalikan sebuah perniagaan dengan jayanya seperti karier mereka. Paling lucu permainan video Shaq Fu milik Shaq O Neil dan XFL, Xtreme Football League yang diasaskan Vince Mc Mahon cuba mengaplikasikan WWE ke dalam American Football.
Banyak produk dalam video ini yang kita rasa sebenarnya boleh berjaya jika diikutkan pada populariti pengasasnya tetapi jangan terkejut ia menjadi sebaliknya. Supermodel seperti Naomi Campabell dan rakan-rakannya pernah menjadi duta restoran Fashion Cafe tetapi gagal, Flav Fried Chicken milik Flavor Flav ditutup selepas 3 bulan, Nicky Hilton pewaris perniagaan Hotel Hilton cuba membina empayarnya sendiri, Hotel Nicky O menemui kegagalan. Begitu juga dengan Kanye West dengan jenama pakaiannya, Natalie Portman dengan jenama kasutnya yang tidak melibatkan unsur-unsur haiwan ( Vegan ), MasterCard edisi keluarga Kardashian dan Planet Hollywood, restoran yang bertemakan filem-filem Hollywood kesemua jenama ini menemui KEGAGALAN.



No comments:

Post a Comment