Saturday 13 October 2012

David Gualtieri - Kekal Lagenda San Marino

 david gualtieri 2012 -  memegang jersi milik stuart pearce 19 tahun lalu

selesai perlawanan antara San Marino menentang England pagi tadi,david gualtieri menarik nafas lega kerana rekod nya masih kekal legenda selama 19 tahun.dia bukan lah legenda sezaman dengan alan shearer,robero baggio,michael laudrup tetapi ada sesuatu untuk dikenang darinya lebih-lebih lagi penyokong pasukan england.dia bukan menjaringkan gol menewaskan england tetapi dia menjaringkan gol menyingkirkan dan memalukan pasukan england 19 tahun lalu.

pada masa itu situasi sama seperti perlawanan pagi tadi iaitu kelayakan piala dunia,bezanya 19 tahun dulu england memerlukan keajaiban untuk layak ke piala dunia 1994 di amerika syarikat.england yang terdesak untuk layak memerlukan 7 gol tanpa bolos dan mengharapkan belanda seri tanpa jaringan dengan poland. pada perlawanan yang berlangsung di itali dengan diadili abdullah mohammed nazri pengadil dari malaysia, mimpi ngeri england tercetus seawal minit ke 1 apabila david gualtieri memanfaatkan kesilapan stuart pearce membuat back pass kepada david seaman dan david gualtieri merampas bola itu untuk gol pertama san marino.

mencatat sejarah tersendiri kerana itu 1 daripada 2 gol yang dihasilkan oleh san marino dalam kempen kelayakan piala dunia peringkat kumpulan.mungkin pada masa itu kegembiraan david gualtieri - penjual komputer bertahan hanya 21 minit sahaja dan selepas itu england berpesta gol dengan ian wright menjaringkan 4 gol dengan perlawanan berkesudahan england 7-1 san marino.
memang england menepati sasaran mereka yang memerlukan 7 gol untuk layak tetapi belanda sudah menang 3-1 menentang poland. dan mereka dimalukan seawal minit pertama hasil kesilapan mereka sendiri dan satu gol itu jugalah yang menyingkirkan england secara matematik walaupun hakikatnya england menang besar.

kesan daripada kegagalan itu graham taylor meletak jawatan memenuhi janjinya jika england gagal ke piala dunia 1994 dia akan meletak jawatan.
19 tahun lalu ............

No comments:

Post a Comment