sepanjang aku kenal newcastle,Mike Ashley memang cukup dibenci oleh penyokong kelab itu kerana polisi nya yang mengehadkan dana pembelian pemain kepada jurulatih dan pencapaian kelab yang semakin melingkup sejak alan shearer bersara dan kegagalan dia mencari jurulatih yang sehebat sir bobby robson.sports direct arena ini konsepnya sama seperti al-ikhsan di malaysia.sebenarnya konsep perubahan nama dari nama asal kepada jenama penaja ini menjanjikan keuntungan contohnya stadium baru arsenal diberi nama emirates kerana stadium itu dibiayai oleh syarikat penerbangan fly emirates dan juga penaja jersi kelab itu, stadium wigan dinamakan JJB kerana pengedar barangan sukan kedua terbesar di UK itu menaja kelab itu,hal yang sama juga berlaku kepada stadium bolton wanderers dan man city yang menukar nama stadium kerana mendapat tajaan hasil penukaran nama asal kepada nama penaja
tetapi penyokong newcastle mungkin merasakan st james milik mereka semua bukan milik mike ashley saja sebab itu mereka bangkit berjuang mengembalikan semula nama st james park dan terbaru syarikat ah long terkemuka di UK, Wonga.com telah menandatangani perjanjian penajaan jersi kelab dan hak penamaan stadium kepada Wonga Arena,tidak lama kemudian Wonga membatalkan perancangan penukaran nama itu.
Isnin lalu kain rentang yang menayangkan nama sport direct arena telah ditanggalkan tanda nama stadium kembali kepada st james park.ini satu kemenangan kepada penyokong newcastle united.
No comments:
Post a Comment