Tuesday 2 October 2012

Burger Hitam Dari Burger King


Burger jenis ini hanya dipasarkan di Burger King cawangan Jepun bersempena ulangtahun ke 5 pembukaan cawangan mereka di Jepun.mula diperkenalkan 28 september lalu hingga ke tarikh mula-mula mereka membuka cawangan di negara matahari terbit itu,burger ini adalah edisi terhad jadi sila dapatkan sebelum kehabisan.

Roti nya dibuat dari doh yang dicampur arang buluh,sebab itulah roti yang kebiasaanya berwarna coklat bertukar menjadi warna hitam,lagi menambahkan ke-eksotikan burger ini ialah patty nya disaluti sos bendalir sotong dan satu set burger ini beserta air minuman dan kentang goreng dijual pada harga 790 yen bersamaan 6.25 pound. nama burger ini dalam bahasa jepun ialah Kuro Burger bermaksud burger hitam.

No comments:

Post a Comment