Sunday 30 September 2012

Bukan Satu,Bukan Dua Tapi Lima !!!

Luis Suarez mengulangi sejarahnya di carrow road dengan mencipta hatrik ketika membantu liverpool membelasah Norwich di tempat mereka sendiri 5-2. ini juga kemenangan pertama Brendan Rodgers musim ini. gol pertama dijaringkan oleh suarez pada minit ke 2,pada minit ke 36 suarez hampir memperolehi penalti kerana di siku oleh pertahanan norwich tetapi dinafikan oleh pengadil,
tidak lama kemudian gol ke 2 suarez tercipta selepas dia merebut bola hasil kesilapan pertahanan norwich dan tenang menewaskan john ruddy.

masuk separuh masa pertama suarez membantu mencipta peluang gol kepada Sahin untuk gol ke tiga, gol keempat dan juga hatrik dengan mudah disempurnakan oleh suarez.gol pertama norwich datang dari kesilapan pepe reina yang gagal menangkap bola dengan kemas, gol kelima dihasilkan oleh steven gerrard dengan merembat bola kearah pertahanan norwich dan melantun ke dalam gol menjadikan kedudukan 5-1. grant holt menambah gol sagu hati norwich untuk kedudukan berubah 5-2.

No comments:

Post a Comment