Sunday, 16 September 2012

Tesco Bertemakan 60 an

West Sussex,England -  sebuah pasaraya Tesco di sini menggunakan konsep zaman 60 an pada pasaraya mereka.ini bersempena minggu goodwood revival iaitu festival selama 3 hari meraikan motorsikal dan kereta yang popular di trek perlumbaan pada era 40 an dan 60 an.untuk masuk ke tesco itu para pelanggan hendaklah memakai pakaian bertemakan 60 an dan ada produk didalam rak pameran di pasaraya itu mempamerkan produk seperti Heinz soup,Crosse and Blackwell baked beans dan banyak lagi.uniknya kesemua produk yang dijual di tesco itu adalah di pek semula mengikut cara bagaimana ianya di pek pada era 60 an dahulu.

Sehinggakan tanda harga untuk produk yang dijual juga ditulis menggunakan tulisan tangan.para pekerja tesco cawangan Goodwood juga berpakaian era 60 an bagi menghidupkan suasana itu.dan untuk makluman kenderaan yang dihasilkan pasca tahun 1966 adalah dihalang dari memasuki kawasan tapak pesta.

No comments:

Post a Comment