Friday 14 September 2012

Pelajar Sekolah Dihantar Pulang Kerana Kaki Seluar Terlalu Ketat

Masa aku sekolah dulu kalau ada pelajar lelaki yang pakai seluar skinny kalau kantoi masa spot check kaki seluar tu akan dipotong oleh cikgu disiplin.sebagai langkah alternatif ada kaki seluar yang tidak dipotong kainnya semasa di alter atau dikecikkan tetapi kain lebihan itu dijahit dan ditempat kan di satu ruang sekali dengan tempat jahitan baru seluar itu.
tapi kes ini bukan berlaku di Malaysia darul bijan sebaliknya berlaku di UK.Lauren Entwistle,seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Swavesey village college dihantar pulang ke rumah hanya kerana kaki seluar nya terlalu ketat.ibunya mendakwa seluar itu dibeli berdasarkan piawaian atau standard yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kalau kakinya kecil sekalipun itu tidak memberi sebarang kesan semasa pengajaran dan pembelajaran.kejadian itu berlaku isnin lalu dan pihak sekolah telah menempah seluar yang baru untuk lauren.

No comments:

Post a Comment