Thursday 27 September 2012

Misi Balas Dendam Berjaya



kekalahan 3-0 pada perlawanan pertama liga sungguh memeritkan.pagi tadi dengan dibarisi anak muda liverpool,ternyata anak muda ini bermain lebih baik berbanding pasukan senior dan pemain senior dalam kesebelesan utama hanyalah steward downing dan jamie carragher,tidak dikira brad jones yang selalu memanaskan bangku simpanan.

gol west brom terhasil selepas brad jones menerpa keluar untuk menangkap bola melalui tendangan percuma Liam Ridgewell, tetapi bola gagal ditangkap kemas sehingga membolehkan Gabriel tamas menjaringkan gol pertama perlawanan  pada minit ke 2.

Nuri sahin membuktikan kebolehannya dengan merembat dari luar kotak penalti minit ke 17 untuk gol penyamaan,minit ke 82 Nuri sahin sekali lagi meledak gol keduanya selepas menerima hantaran Ousama.

sejarah juga tercipta apabila Jerome Sinclair dimasukkan pada minit 81 menggantikan samed yesil, Jerome mencatat rekod pemain paling muda mewakili liverpool pada usia 16 tahun 6 hari.
ini mengatasi rekod Jack Robinson 16 tahun 250 hari pada 2010 ketika mewakili liverpool menentang Hull city pada hari terakhir musim 2009-2010.

No comments:

Post a Comment