Tuesday, 18 September 2012

Pulau Migingo rebutan 2 Negara

Pulau batu ini terletak di tasik Victoria yang jadi rebutan 2 negara iaitu Kenya dan Uganda. berdasarkan peta dan geografi pulau itu milik Kenya tetapi kerajaan Uganda mendakwa pulau itu berada di perairan mereka lantas melarang nelayan kenya dari menangkap ikan di kawasan itu.di pulau yang kecil itu juga terdapat rumah setinggan yang didirikan oleh para nelayan dan pemancing ikan.hasil ikan di kawasan itu juga mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada nelayan di pulau itu yang mampu memperolehi 200 pound sterling sebulan,3 atau 4 kali lebih tinggi dari nelayan yang menetap di darat.itu juga mendatangkan masalah kepada penghuni pulau itu kerana lanun sering merompak wang,enjin dan hasil tangkapan mereka.bagi mengatasi masalah itu Kerajaan Uganda menghantar polis marin dan mengenakan cukai kepada penghuni pulau Migingo itu.



No comments:

Post a Comment