Wednesday 9 November 2011

NIKE MAG (14 gambar)

awal penubuhan blog ni dulu aku ada buat post pasal filem back to the future, dan yang menarik perhatian aku ialah dalam cerita tu tunjuk tahun 2015 ada kasut nike yang auto-ikat dan ada LED.dan itu bukan lagi angan2 kerana kasut tu dah dicipta bezanya tak 100% sama macam yang dalam filem punya.

 kasut ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad dan bukan untuk dijual di kedai biasa tapi untuk dilelong bagi mengumpul dana yayasan penyelidikan parkinson michael j fox aka marty mcfly sebanyak 100 juta us dolar, sebanyak 1500 pasang kasut nike mag telah dilelong. cahaya LED kasut itu bertahan selama 5 jam dan untuk mengecas bateri yang terletak ditapak nya sila plug in kan charger kepada lubang yang di tumit kasut itu.




walaupun Nike telah menjadi pemilik paten auto-ikat pada 2009 mereka tidak menghasilkan fungsi itu pada kasut nike mag ini kerana ia mencekik otot kaki dan tidak memberi keselesaan kepada pergelangan kaki. lelongan untuk kasut ini telah berlangsung pada 8 september - 18 september . setakat 19 september jumlah yang terkumpul melalui ebay telah mencecah 6 juta dan itu tidak termasuk bidaan secara langsung.
JURUTERA disebalik kasut nike mag











No comments:

Post a Comment