masa aku mula menceburkan diri dalam arena bolasepak ni aku bukannya taksub dengan satu kelab bolasepak saja, aku memang peminat setia liverpool sejak 1998 lagi (secara serius sejak 2002) tapi aku jugak minat dengan kelab lain sebab kelab tu ada spirit, stail permainan,ada star,bagi peluang kepada pemain muda dan macam2 lagi lah. dan sebab tu jugak la aku banyak kenal player2 zaman tu walaupun sekarang ni diorang rata berusia 30 tahun keatas dan ada jugak yang bersara.
|
don revie |
leeds united antara kelab yang aku selalu tengok game diorang dan bile main fifa dan winning eleven team
the white ni antara favourite aku. zaman kegemilangan kelab dari yorkshire ni bermula bila dibawah bimbingan
don revie pada dekad 60 an leeds muncul kuasa baru bolasepak inggeris buktinya dari 1965 - 1974 tidak pernah menamatkan musim diluar kelompok
top 4.dalam tempoh ini mereka
menang 2 kejuaraan liga, piala FA 1,piala liga 1, dan inter cities fairs cup 2 kali.tetapi leeds juga mengundang kebencian di kalangan penyokong kelab lain dengan gelaran
dirty leeds kerana attitude pemainnnya yang bad boy dan tidak fair play.contohnya billy bremner bergaduh dengan kevin keegan masa charity shield 1974 dan digantung 11 perlawanan.
|
billy bremner |
leeds bangkit semula di penghujung 80 an hingga pertengahan 90 an.diuruskan oleh
howard wilkinson leeds kembali semula ke division 1 pada 1989-90 dan musim berikutnya diorang menduduki tempat ke 4 dan tahun 1991-92 leeds menang kejuaran division 1 buat kali terakhir kerana musim depan FA premier league (epl) mula diperkenalkan. pada waktu tu leeds muncul dengan pemain2 yang power dan bertaraf bintang dan ada diantara mereka yang memberi pengaruh besar dan menjadi idola aku sehingga kini, antaranya gary speed,gary mccalister,micky adam,david batty,gordon stracahan dan paling diingati sehingga kini ERIC CANTONA. kalau leeds tak jual eric ke man utd mungkin man utd takkan dominasi epl untuk dekad itu.
|
howard wilkinson |
|
gary speed |
|
micky adams |
|
gordon strachan |
|
david batty |
|
gary mccalister |
|
eric cantona |
|
paul hart |
pertengahan 90 dan awal 2000 pula leeds united mula dikenali dengan menampilkan pemain2 akademi mereka,ini adalah usaha
paul hart,jurulatih skuad remaja dan kelab ini mula berbelanja besar membeli pemain untuk mencapai matlamat memenangi piala. kontroversi bermula dengan pelantikan george graham sebagai pengurus baru kerana dia baru sahaja dikenakan penggantungan oleh FA kerana membeli pemain secara haram.
berikut ialah pemain dari akademi leeds united:
|
harry kewell |
|
alan smith |
|
jonathan woodgate |
rejim george bermula dengan membawa masuk jimmy floyd hasselbaink dan memberi peluang kepada graduan akademi untuk membuat penampilan senior.pada 1998 jimmy dan george meninggalkan leeds, david O'leary masuk dan membeli mark viduka dan memperkenalkan olivier dacourt pada masa itu menjadi pemain termahal leeds
|
mark viduka |
leeds menamatkan musim 1999-2000 di tempat ke 3 dan layak ke saingan uefa champions league 2000-2001 sehingga ke peringkat separuh akhir.musim itu juga leeds united memecah rekod perpindahan dengan membeli rio ferdinand 18 juta pound.
|
rio ferdinand |
zaman kejatuhan......
sejak layak ke semi final UCL leeds mula berbelanja besar untuk membawa sejumlah pemain ternama seperti robbie fowler dan seth johnson pada harga yang mahal dan gaji mewah.tetapi leeds gagal menempah tempat ke liga juara-juara dan mereka mengalami kerugian besar untuk membayar hutang.david O'leary dipecat dan terry venables dibawa masuk kemudiannya ramai pemain bintang terpaksa dijual untuk membayar hutang kelab, paling meninggalkan kesan ialah penjualan robbie keane dan nigel martyn yang berpengalaman luas.
|
robbie keane |
|
nigel martyn |
|
robbie fowler |
musim 2003-04 sungguh memeritkan bagi leeds united bila terpaksa diletakkan di bawah pentadbiran konsortium dan aset2 kelab terpaksa dijual ini semua kerana pengurusan terdahulu yang mothersucker dan lebih teruk lagi pemain utama terpaksa dijual dan mana2 pemain muda yang menarik perhatian mana2 kelab terbuka untuk dijual contohnya james milner,scott carson,paul robinson,aaron lennon, penderitaan itu ditambah lagi dengan padang latihan dan stadium elland road terpaksa dijual untuk membayar hutang kelab dan leeds tersingkir ke liga bawahan setelah 14 tahun di liga perdana.
No comments:
Post a Comment