Sunday, 13 November 2011

kejutan piala FA inggeris pusingan pertama

malam minggu semalam sungguh membosankan tanpa perlawanan epl dan diisi oleh perlawanan piala FA untuk kelab2 dari liga bawahan dan macam biasa, banyak kejutan yang berlaku, disini aku ceritakan perlawanan yang aku tengok semalam iaitu  swindon town vs huddersfield town dan fleetwood town vs wycombe wanderers   

TARIKAN perlawanan antara swindon town menentang huddersfield town ialah pasukan swindon town  diurus dan dilatih oleh bekas striker dan idola aku : paolo di canio.



paolo di canio
paolo mula dilantik menjadi pengurus swindon pada hujung mei lalu.swindon kini sedang menduduki tangga ke 6 league two dalam usaha merebut tempat ke league one musim depan dan begitu juga dengan huddersfield yang dalam momentum merebut tempat ke championship musim hadapan dengan menduduki tangga ke 2 league one.perlawanan ini dimulakan oleh huddersfield yang menjaringkan gol pendahuluan dan ini memenuhi jangkaan penonton yang huddersfield adalah pilihan untuk menang game ni tapi swindon bangkit dengan mendominasi permainan dan hasilnya 4 gol dihasilkan untuk memalukan pasukan league one yang 27 ranking diatas mereka.kemenangan 4-1 swindon disambut meriah para penyokong mereka dan yang menarik perhatian aku ialah gaya rambut simon ferry(swindon town) yang unik dan kelakar dengan rambut belakang dan side burn nya takde.
simon ferry



fleetwood town fc
 perlawanan antara fleetwood menentang wycombe wanderers pula lebih kepada nostalgia kepada aku.bukan kerana aku dulu menyokong fleetwood dan wycombe, ini kerana jersi fleetwood dan wycombe yang digunakan semalam ialah mirip jersi home arsenal dan away arsenal musim ini. fleetwood memakai jersi merah dan wycombe pula biru. yang mengejutkan ialah wycombe wanderers adalah kelab league one dan mereka adalah pilihan untuk menang  perlawanan ini tetapi mereka gagal mengatasi fleetwood yang bermain dengan 10 orang pemain pada separuh masa ke2 dengan dikejutkan kekalahan 2-0 kepada kelab yang bukan bermain di peringkat profesional inggeris, fleetwood bersama luton town menjadi wakil untuk kelab bukan liga yang layak ke pusingan  ke2 piala FA musim ini.

fleetwood town  fc


wycombe wanderers
yang paling mengelirukan dan lagi meng-nostalgia kan semalam ialah perlawanan ini diadakan di HIGHBURY stadium??!! highbury stadium ialah stadium asal arsenal sebelum berpindah ke emirates stadium pada 2006. setelah dikaji rupa-rupanya highbury yang dimaksudkan ialah stadium milik fleetwood town, ini hanyalah persamaan yang tidak disengajakan.
higbury versi fleetwood town

No comments:

Post a Comment