Tuesday, 15 November 2011

joe hart pengganti david seaman

joe hart satu-satunya goalie england yang paling menyakinkan tahap permainannya kepada aku, maksud aku sekarang ni la. sejak david seaman bersara dari skuad england penggantinya david james sering membuat kesilapan bodoh terutamanya menentang team lemah dan dalam keadaan getir seperti extra time dalam kejohanan besar.oleh sebab tu aku tak bagi harapan untuk team england menang lawan team gergasi macam jerman,belanda,sepanyol sebab kelemahan utama pasukan england ialah di posisi goalkeeper. kalau dilihat pada team lain goalie mereka datang dari pasukan top dan terbaik contohnya sepanyol = iker,victor,david dan pepe, belanda = martin stekelenburg, jerman = manuel neuer, rene adler,tim wiese. tapi cuba lihat pada pasukan england, goalie mereka sejak david seaman bersara datangnya dari kelab2 bawahan david james(man city & portsmouth-mengikut ranking pasukan itu ketika itu) paul robinson ( tottenham hotspur - ketika itu) chris kirkland (wigan) robert green (west ham) scott carson ( aston villa- dinilai pada persembahan individu)  lihat la betapa gagalnya england mencari pengganti tetap kepada david seaman dan setiap daripada penjaga gol tadi akan ada yang membuat kesilapan bodoh
 david seaman
david james - persembahan memalukan ketika england dibelasah denmark 4-1
paul robinson - kurang persefahaman dengan gary neville hingga membiarkan backpass gary kepadanya menjadi gol sendiri ketika menentang croatia
chris kirkland -  tiada kesilapan kerana tidak diturunkan lebih berperanan memenuhi kuota goalkeeper england
scott carson - semasa england bangkit dari ketinggalan 2-0 menjadi 2-2 menentang croatia untuk slot ke euro 2008 dia melakukan kesilapan gagal menangkap kemas bola leret mladen petric mengundang padah dan england gagal ke euro 2008
robert green - paling diingati gagal menangkap kemas sepakan clint dempsey di piala dunia 2010 dan sejak itu tempatnya untuk perlawanan berikutnya menentang algeria dan slovenia diambil oleh david james


berdasarkan rekod diatas betapa teruknya goalie england, mungkin scott dan robert tidak harus dipersalahkan kerana scott masih muda dan tidak diberi banyak peluang perlawanan antarabangsa dan robert pula tidak diturunkan sepanjang kempen kelayakan piala dunia pula tiba2 dijadikan kambing hitam kebodohan fabio capello yang enggan menurunkannya untuk kempen kelayakan yang sering diberikan kepada david.


balik semula kepada joe hart, seperti juga david seaman dia sejak graduate dari akademi telah diberikan pendedahan skuad senior pada usia muda dan mempamerkan permainan yang matang dan tidak gopoh. dan pada usia itu mereka telah menarik minat kelab untuk membeli mereka. david seaman dibeli oleh birmingham 100 000 pound pada 1984 dan 225 000 pound ke QPR pada 1985 pada 1990 david memecah rekod menjadi goalkeeper termahal british dengan arsenal membayar 1.3 juta pound untuk khidmat nya. dan david telah mendominasi gawang england sejak 1988-2002 satu rekod yang lama. 


joe pula pada umur 22 tahun telah menjadi goalie tetap man city dan dipinjamkan ke birmingham untuk menambah pengalaman dan kembali semula ke man city dan menjadi pilihan utama man city sehingga kini. tempat nya di skuad england pula tiada saingan dan ini mengukuhkan lagi reputasi joe sebagai pengganti tepat david seaman setelah goalie veteran itu bersara pada 2002. pada 2010-2011 joe hart memenangi golden glove dengan rekod clean sheet paling tertinggi mengatasi edwin,petr cech,pepe reina.mungkin joe hart kelahiran semula david seaman kerana ada persamaan antara mereka dengan joe bermain di man city dan birmingham,begitu juga david yang pernah bermain bagi 2 kelab itu, joe mewakili england di usia muda begitu juga dengan david. mereka juga berkongsi angka 19 kerana itu adalah tarikh lahir mereka joe 19 april dan david pula 19 september.
 kepada fan arsenal dan man city mereka adalah poser jika tidak mengenali david seaman kerana dia  bermain untuk 2 kelab ni diakhir kariernya dan juga goalkeeper terbaik arsenal hanya jens lehmann yang dapat menyaingi nya. almunia,mannone,fabianski & szczesny semuanya rubbish.

No comments:

Post a Comment