Wednesday 16 November 2011

ireland is back !!! euro 2012 kami datang


setelah 10 tahun  gagal layak ke kejohanan besar sejak piala dunia 2002 di jepun dan korea selatan republik ireland kini kembali semula ke kejohanan besar dan ini juga menamatkan penantian 23 tahun mereka setelah kali terakhir layak ke kejohanan EURO 1988 di jerman. tahniah kepada pengurus,giovanni trappatoni dan pasukan kejurulatihannya yang berusaha keras untuk maju kehadapan.pagi tadi republik ireland seri 1-1 dengan estonia dan ini sudah mencukupi untuk mereka layak dengan aggregat 5-1.
giovanni trappatoni
sebenarnya ini juga satu pengubat duka kepada ireland setelah hak mereka untuk beraksi di piala dunia 2010 di nafi kan oleh pengadil terbodoh setakat ini martin hansson (pemain ke 12 perancis untuk game tu)
martin hansson
dan hak mereka untuk ke piala dunia dirampas oleh pasukan cap ayam lagi bajet power = perancis. yang aku tau kaki judi dah bertaruh banyak untuk perancis dan sebab itu jugak fifa jadi pak pacak dalam hal ni dengan membenarkan saja gol kontroversi william gallas kerana bukti ulang tayang video dan gambar jelas menunjukkan bola terkena tangan thierry henry 2 kali dan refree tidak meniup wisel . dan hasilnya perancis balik awal  dengan dimalukan mexico 2-0, afrika selatan 2-1 dan uruguay 0-0. ini adalah pencapaian terburuk perancis sejak fifa 2002. sebenarnya pasukan cap ayam ni dah jatuh prestasi sejak euro 2008 dan aku hairan kenapa orang masih bagi harapan tinggi kat team ni mungkin ada karim benzema,frank ribery,samir nasri,thiery henry,johan gourcuff,patrice evra,eric abidal tapi tak gune jugak ada star kalau team work takde
nampaknya ireland sudah mula timbul kesedaran untuk meningkatkan mutu permainan mereka dan menuruti jiran seberang selat mereka,england yang layak setelah gagal ke euro 2008. diharapkan team republik ireland tak pulang awal dan kalau boleh layak ke suku akhir sudah memadai.

disini aku senaraikan key player ireland.
shay given
robbie keane
damien duff
stephen hunt
richard dunne
 semoga richard dunne tidak menjaringkan gol sendiri pasal kat epl sekarang dia memegang rekod pemain paling banyak own goal

No comments:

Post a Comment