Saturday, 5 November 2011

pulau buatan di tasik titicaca,peru


tasik titicaca di peru ialah satu tasik yang pelik. ianya terletak 3811 meter dari paras laut.tapi yang peliknya ialah di tasik ini terdapat pulau buatan manusia sebanyak 42 buah  yang dibuat oleh kaum UROS . pulau terapung itu dibuat dengan menggunakan   rumpun  terapung yang dipanggil totora, dibuat menggunakan tangan pulau itu harus dibuat setebal-tebal yang boleh untuk menampung rumah yang akan dibina di atasnya.
tetapi pulau itu tidak bebas bergerak kerana dasarnya disokong oleh kayu balak yang ditambat ke tanah besar dan penjagaan pulau itu sungguh rumit kerana totora mudah mereput dan ia akan ditukar sebanyak 4 kali setahun.puak uros membuat pulau itu kerana mereka tidak mahu mengadakan hubungan dengan dunia luar dan mahu mengekalkan tradisi mereka.






No comments:

Post a Comment