Tuesday, 8 November 2011

heinkel kabin

masa aku budak2 dulu setiap sabtu aku suka tengok sitkom family matters yang disiarkan di ntv7. aku suka watak steve urkel,seorang remaja nerd yang menyimpan perasaan kat laura,jirannya. yang menariknya tentang steve ialah kereta yang dipandunya dalam cerita itu iaitu heinkel kabin.fakta: setelah 10 tahun tak tengok sitkom ni baru aku tau yang kereta tu nama dia heinkel kabin.



steve urkel
heinkel kabin yang diguna oleh steve dalam family matters
iklan heinkel kabin
kereta mini dan skuter keluaran heinkel kabin
heinkel kabin ni asalnya syarikat yang membina enjin untuk pesawat pejuang lutwaffe milik  tentera jerman semasa perang dunia ke2 dan amat digeruni oleh tentera berikat kerana kemampuannya memintas mana2 pesawat pejuang tentera berikat yang dibuat oleh boeing. pihak heinkel telah menandatangani perjanjian yang mereka tidak akan meneruskan operasi setelah perang tamat dan oleh sebab itu hanya heinkel kabin dan skuter pelancong keluaran mereka saja yang tinggal.


heinkel kabin kali terakhir di kilangkan ialah pada 1960 an kerana kualitinya yang tidak memenuhi piawaian . keistimewaan kereta mini itu ialah hanya mampu memuatkan pemandu sahaja dan terdapat 2 jenis model iaitu 3 tayar dan 4 tayar. pintunya pula dibuka dari hadapan dan mempunyai gear reverse yang menjadi kannya istimewa berbanding spesies kereta mini yang lain.bumbungnya pula dibuat dari kain kanvas sebagai langkah keselamatan jika pintu tidak dapat dibuka pemandunya keluar dari bumbung kereta saja.

No comments:

Post a Comment