the canaries bertemu gunners sudah tentu aku sokong canaries. antara team work vs individual skill tengok la macam mane barisan midfielder arsenal nak lepas benteng pertahanan canaries yang susah nak lepas kan gol bodoh mcm defend diorang. senjata utama canaries ialah taktikal counter attack diorang yang menjadi ancaman kepada mana-mana team di epl. dan sekurang2 nya kena ada defensive midfielder untuk halang norwich dari menyerang
everton, team kedua aku sokong selepas liverpool.kempen everton untuk musim ini turun naik kerana tiada pemain yang betul2 cergas dan barisan tengah yang terlalu mengharapkan kreativiti leon osman ,kehilangan mikel arteta,kecederaan tim cahill dan barisan serangan yang kurang meyakinkan kerana luis saha semakin hilang bisanya diharapkan kemenangan dapat menaikkan moral everton
aku hanya sokong man city bila bertemu man utd sahaja, kali ini pasti dendam di kalangan penyokong the magpies terhadap nigel de jong masih menebal kerana sifat dirty play nya yang menyebabkan hatem ben arfa terpaksa direhatkan satu musim lalu. game ni yang paling menjadi tumpuan untuk perlawanan hari sabtu kerana kedua-dua team ni berada dalam prestasi terbaik mereka dengan mengungguli tempat 4 teratas epl. dan keduanya masih belum kalah lagi
untuk hari ahad ni la yang paling dinantikan dengan raul meireles menjadi duri dalam daging dengan menyertai torres ke chelsea. adakah raul sedia wags nya menjadi mangsa john tiger terry? itu salah satu persoalan. kredibiliti andres villas boas juga dipersoalkan kerana bila berhadapan pasukan besar spt man utd,arsenal taktikalnya serba tidak menjadi dan so called genius taktikal ni pula tidak lah sehebat jose mourinho yang tidak digembar gemburkan kepakaran taktikalnya semasa membimbing porto dahulu. torres juga semakin dipersoalkan kenapa dia gagal membuktikan 50 juta itu sepadan dengan permainannya.adakah carrol mampu menjaringkan gol lagi dan mungkinkah daniel agger bersedia menggalas peranan sebagai bad boy untuk menyiku meireles dan torres ?? sama2 kita nantikan
No comments:
Post a Comment