Wednesday 9 November 2011

pasukan england dan bunga popi


sejak kebelakangan ini di jersi kelab2 di britain akan dipakai lencana bunga popi sempena memperingati askar2 mereka yang terkorban semasa peperangan(lebih kurang macam sambutan hari pahlawan di negara kita).dan baru-baru ini pasukan kebangsaan england berhajat mempamerkan sekali lencana itu pada jersi mereka untuk perlawanan persahabatan menentang sepanyol tidak lama lagi, tapi tidak dipersetujui oleh FIFA kerana mereka melarang sama sekali bentuk pengiklanan berkenaan iklan komersial,agama dan politik.






perlawanan itu dijadual  berlangsung di wembley sehari sebelum hari memperingati pahlawan perang britain pada hari ahad.pasukan england akan memakai lencana itu untuk latihan dan akan memberi penghormatan selama 2 minit pada hari jumaat ini.selasa lalu menteri sukan, hugh robertson menulis surat kepada fifa untuk kebenaran kepada pasukan england dan wales memakai lencana itu, bagi FA hari pahlawan adalah sesuatu yang sentimental buat mereka dan moyang kepada jack wilshere juga terlibat dalam perang dunia ke 2 dan jack di tweeter menyatakan yang pasukan england seharusnya memakai lencana itu untuk perlawanan sabtu ini kerana itu sebahagian dari tradisi mereka dan seperti tidak menghormati pengorbanan mereka jika tidak memakainya

No comments:

Post a Comment