Friday 4 November 2011

jan kembali ke psv


 jan vennegoor of hesselink bukan la nama tempat tapi itu sebenarnya merujuk kepada bekas pemain kebangsaan belanda yang kini kembali ke psv setelah 5 tahun berkelana ke negeri orang, jan asalnya pemain utk rival eredevisie PSV, fc Twente dan setelah memberi impak di twente dia berpindah ke PSV dan pada tahun 2001 dan membuat penampilan antarabangsa sejak itu, dan mula menyesuaikan diri dengan style permainan PSV sehingga menyumbang 22 gol untuk musim pertamanya. 2 musim berikutnya dia gagal mengatasi pencapaian musim terdahulu dan dia diarahkan utk meninggalkan kelab tetapi musim 2004-05 dia berjaya mengembalikan prestasi nya dan mendapat cap utk belanda setelah 5 tahun tidak dipanggil.
kemudian jan berhijrah ke celtic dan bertahan utk tempoh 3 musim dengan persembahan yang meyakinkan utk 2 musim pertamanya dan akibat kecederaan dia gagal kembali ke kemuncak prestasinya,pada akhir 2008-09 dia dilepaskan dari kontrak dan ditandatangani oleh Hull city.



semusim di KC stadium jan gagal membantu the tigers dari tersingkir dan dan hanya menyumbang 3 gol dari 33 kemunculan.musim 2010-2011 dia berhijrah ke austria utk menyertai rapid vienna dengan membuat 13 penampilan dan menyumbang 4 gol, di akhir musim kontraknya ditamatkan kerana masalah kecederaan dan menjadi agen bebas dengan menyertai latihan bersama skuad remaja fc twente. pada november 2011 dia dipanggil semula menyertai psv  dan diberi kontrak semusim utk memberi tunjuk ajar kepada pemain remaja psv yang sedang meningkat naik,

No comments:

Post a Comment