Tuesday, 29 November 2011

mighty morphin power rangers the movie

aku mula tengok movie MMPR ni masa tahun 2000 dalam format cd.perjalanan cerita ni bermula bila ivan ooze musuh lama zordon yang telah dikurungnya dalam sebuah telur telah ditemui di sebuah tapak pembinaan lalu zordon memanggil para rangers datang ke pusat kawalan (command center) untuk diberi penerangan tentang ivan ooze tetapi rita repulsa,lord zedd,goldar dan mordant.

zordon
ivan ooze
oozemen
lord zedd membebaskan ivan ooze dan menawarkan ivan untuk menyertai nya semasa power rangers sampai ke lokasi mereka bertemu dengan sekuriti dan dia mendedahkan dia lah ivan ooze yang mereka cari. para rangers bertarung dengan askar ivan ooze dan tiba2 mereka hilang kuasa.semasa berlawan dengan oozemen(askar ivan ooze) pada waktu mereka sedang bertarung dengan oozemen,ivan telah pergi ke command center dan memusnahkan segala peralatan yang ada disitu dan menyebabkan zordon lemah dan koma.

lord zedd
rita repulsa
mordant
goldar
dulcea
kemudiannya rangers dihantar ke  planet phaedos untuk menghidupkan semula kuasa mereka,di situ mereka bertemu dengan dulcea yang menyelamatkan mereka ketika diserang oleh tengoo.dan mereka diberitahu tentang satu tempat di mana kuasa rangers mereka akan dihidupkan dan mereka diberi kostum ninja.para rangers meneruskan perjalanan mereka dan terjumpa rangka dinosaur tapi itu satu muslihat bila rangka itu tiba2 bercantum sendiri dan hampir membunuh mereka.mereka membunuh rangka dinosaur itu dengan mencabut tulang lehernya.

raksaksa batu
tengu
di bumi pula ivan ooze membuat satu produk yang khusus untuk memukau ibu-bapa remaja.dengan menyentuh produk seperti gel itu mereka akan dipukau dan serta merta pergi ke tempat dimana raksaksa ivan ooze dan kilang memproses gel ivan ooze.fred,kanak2 yang berkawan dengan tommy mula risau dengan keadaan itu apabila rakan2 sebayanya mengambil mudah hal itu.rangers pula sudah sampai ke sebuah tempat seperti diceritakan oleh dulcea.tetapi arca di situ tiba2 menjadi entiti hidup dan menyerang mereka.rangers pula terpaksa bertarung dengan raksaksa hidup itu dan akhirnya berjaya kemudian piramid dimana terukir nya binatang yang bakal menjadi zord baru mereka




.setelah mendapat zord baru mereka pulang ke bumi untuk menghalang ivan ooze dari memusnahkan angel grove. sampai dibumi raksaksa suruhan ivan ooze telah diikat oleh zord katak adam-ranger hitam dan kemudian zord musang billy-ranger biru pula membantu.sementara itu ranger merah rocky dan zord beruk nya menghalang satu lagi raksaksa ivan bersama aisha-ranger kuning pemilik zord beruang.tommy -ranger putih bersama zord rajawali = falcon memusahkan raksaksa scorpitron dan membantu fred & rakan2 di dalam monorel meneruskan perjalanan ke sebuah jurang dimana ivan mengarahkan mereka yang dipukau membunuh diri. dengan bantuan bulk dan skull dengan menyembur air ke ke arah mereka. rangers pula bergabung menentang hornitron yang telah dimasuki oleh ivan dan berubah bentuk

scorpitron

hornitron
fred

skull & bulk

tommy kembali bergabung dengan megazord dan membawa ivan ooze bertarung di angkasa lepas bertujuan membunuh ivan dengan menolak nya ke arah komet dan ivan hancur berkecai.zordan dan rita repulsa pula berjaya kembali ke saiz asal setelah dikecilkan oleh ivan dan menemui goldar dan mordant sedang bergembira di pengkalan mereka.
alpha 5


zordon

Monday, 28 November 2011

perginya seorang lagenda

semalam dunia bolasepak di Britain dikejutkan dengan kematian gary speed.pengurus wales.dia dikenali antara midfielder terbaik di epl era 90 an. gary ditemui mati tergantung di rumahnya di huntington,england.pada perlawanan yang berlangsung antara aston villa - swansea & liverpool -  man city semalam 1 minit diluangkan untuk memperingati kematian tragik gary.
pada penghormatan terakhir itu shay given telah menangis kerana dia adalah teman rapat kepada gary speed semasa mereka bermain bersama di newcastle.dan black armband telah dipakai untuk berkabung atas kematian gary. menariknya : setiap bekas kelab yang pernah diwakili gary tidak bermain untuk perlawanan pada hari ahad semuanya bermain pada hari sabtu.
  berikut ialah gambar kenangan gary ketika dia mewakili bekas kelabnya:
mewakili pasukan kebangsaan wales dan menjadi kapten pasukan dari 1990 - 2004

leeds united
everton
newcastle united
bolton wanderers
 sheffield united
pengurus di sheffield united
pengurus wales

dari madrid ke liverpool ke kuala lumpur

di madrid berlaku pertembungan antara real-madrid dan atletico madrid dan getafe - barcelona.
getafe ni diibaratkan macam man city zaman thaksin shinawatra dulu,baru nak naik dan mula berbelanja besar untuk membawa pemain ternama ke kelab mereka. pasal real madrid malas aku nak komen pasal aku jamin real mesti menang .lagi menambah kan kontroversi game madrid derby semalam ialah 2 pemain atletico dibuang padang goalie thibaut courtois dan diego godin.atletico memulakan jaringan melalui adrian kemudian dibalas madrid melalui 2 penalti christiano ronaldo,1 gonzalo higuain dan 1 angel di maria.

 
 masih lagi di madrid,kali ni antara getafe dan barcelona sebelum game bermula lagi sembang pompang barca akan titik getafe yang menghuni tangga ke ke 14 liga,perlawanan berkesudahan getafe menang 1-0 gol jaringan juan valera.yang memalukan ialah ini kemenangan ke 3 getafe dari 13 perlawanan.
juan valera


di liverpool pula 2 pemain man city menjaringkan gol untuk masing2 memungut 1 mata??? vincent kompany menjaringkan gol untuk man city mendahului kurang 2 minit kemudian joleon lescott mem back heel bola ke gawang joe hart untuk man city diikats seri satu sama.mario balotelli menjadi duri dalam daging dengan menerima 2 kad kuning dan dibuang padang menjadi punca kemarahan roberto mancini kerana dia baru saja dimasukkan tetapi dibuang padang.

di KL pulak snbj awalnya digegar dengan sorakan PENONTON bola sepak malaysia yang terpegun dengan jaringan nazmi faiz dan di 2nd half gol ke 2 malaysia datang dari kesilapan pemain bahrain mohd al hayam yang gagal mengeluarkan bola dari gawang gol. tetapi masuk minit ke 80 bahrain mula mengasak dan merapatkan kedudukan melalui saad al amer melalui bycicle kick yang cantik, 4 minit kemudian pertahanan dan barisan tengah malaysia mudah saja ditembusi dan free kick isa al ahmad mengikat kedudukan 2-2 dan 2 minit kemudian isa al ahmad merembat masuk gol ke 3 dan kemenangan berpihak kepada bahrain 3-2 ternyata mentaliti kepala bana masih wujud walaupun fakri tidak bermain.

Saturday, 26 November 2011

bangang yang tidak bertamadun

sering kali kita dilabel bangang oleh pihak indogs tapi mereka tidak sedar yang mereka itu lebih bangang dari segi mentaliti.contohnya video ni menunjukkan seekor lembu dipatah ekornya,dijerut lehernya,disepak kepalanya, dan aku lihat kaki nya macam dah x boleh berdiri mungkin sebab lantai licin atau kaki nya patah.sungguh sadis

Thursday, 24 November 2011

bangunan di moscow dulu dan sekarang

pada aku KL dulu dan sekarang ada la skit saje perbezaannya.tapi yang menghairankan aku kenapa bila ada pembangunan mesti bangunan lama kena roboh.kenapa tak guna je bangunan tu? contohnya  bas stand kelang kat sebelah lrt pasar seni akan dirobohkan untuk projek perhentian bas yang baru dan stesen bawah tanah MRT. bangunan tu memang la takde makna selain menjadi bangunan parking kereta pertama tercanggih di KL pada era 60 an dulu.berbalik kepada topik di sini bangunan2 di moscow masih sama macam dulu dan diorang sememangnya menghargai sejarah.

kubu genoese di sudak,rusia

mengikut lagenda kubu ini dibina pada 212 tetapi tiada bukti kukuh menunjukkan dibina pada tahun itu.para saintis percaya kubu ini dbina oleh byzantine pada abad ke7.dipanggil kubu genoese kerana orang genoa terlibat dalam pembinaan kubu ini dari 1271-1469.di dalam kubu ini juga ada bekas masjid yang kemudiannya dijadi kan gereja ortodoks dan kemudian menjadi gereja kathedral.ada jugak tempat untuk menyiksa pesalah spy guillotine,kerusi tajam.