Wednesday 26 October 2011

tony pulis dan stoke city



semasa tempoh pertama stoke di bawah kendaliannya tony berjaya membawa keluar the potters dari zon penyingkiran dari championship pada musim 2002-03. musim berikutnya dia membimbing mereka menduduki tempat ke 11 liga.pada musim 2004-05 berlaku pertelingkahan antara tony dan pengerusi kelab berkenaan dana pembelian pemain kerana pada musim itu tony hanya berupaya mendapatkan pemain menerusi perpindahan percuma dan ini gagal memenuhi misi nya mahu membangunkan stoke.dan utk menambahkan pemain tony membawa masuk anaknya sendiri anthony pulis jr dan lewis buxton.dan pada jun 2005 tony dipecat .dan menambahkan kemarahan tony ialah ade ikinbiyi  top scorer kelab dan juga pemain yang dibawa masuk olehnya telah dijual dan mereka gagal mencari pengganti tetap utknya.



pada musim 2006-07 tony dilantik semula menjadi pengurus stoke setelah pentadbiran kelab diambil alih,dan tony mendapat sokongan dana utk membawa masuk pemain yang berada dalam perancangannya.antaranya danny higginbotham,vincent pericard,dan ricardo fuller. dan dengan kehadiran pemain pinjaman spt salif diao,andy griffin,rory delap telah menguatkan stoke,paling diingati ialah dengan kemasukan lee hendrie secara pinjaman dari aston villa yang merubah stail permainan stoke city.  hasilnya musim itu stoke menamatkan musim di tempat ke 8 championship.

musim 2007-2008 pulis menjual danny higginbotham ke sunderland dan membawa masuk lima pemain pinjaman yang kemudiannya menandatangani kontrak tetap pada perpindahan januari.antara pemain yang mendapat perhatian ialah ryan shawcross yang membina reputasi di stoke selepas dipinjam dari man utd.stoke mengakhiri musim 2007-08 sebagai naib juara champinship dan layak ke epl .itu adalah pencapaian terhebat dalam 23 tahun mereka .utk kekal di epl tony pulis telah membawa masuk pemain yang mempunyai pengalaman luas  antaranya
  • dave kitson
  • seyi olofinjana
  • abdoulaye faye
  • amdy faye
  • andrew davies
  • ibrahima sonko
  • danny higginbotham(kembali selepas semusim di sunderland)
musim 2008-2009 stoke berjaya kekal di EPL dengan menduduki tempat ke 12 dengan 45 mata.dan musim itu juga stoke dikenali kerana rory delap mempunyai kepakaran melontar bola dengan tepat ke pintu gol dan  itu pun dibantu kemasukan
  • james beattie
  • matthew etherington

    musim 2009-2010 stoke berjaya ke separuh akhir piala FA pencapaian terbaik mereka sejak suku akhir 1972 dengan menewaskan york city,arsenal dan manchester city.dan sekali lagi berjaya kekal di EPL utk musim berikutnya apabila menamatkan musim di tempat ke 11 dengan 47 mata.

    musim 2010-2011 pula stoke semakin digeruni dengan taktikal mereka yang menggunakan pemain berbadan besar di setiap posisi dan ini sering menimbulkan masalah kepada kelab yang rata2 mempunyai pemain bersaiz kecil dan sederhana. stoke memperbaiki rekod piala FA mereka dengan melangkah ke final piala FA.dan layak ke saingan europa league musim 2011-2012 kerana man city yang memenangi piala FA telah layak ke uefa champions league dan hak itu diberikan kepada stoke city. stoke kekal di epl dengan menamatkan musim di tempat ke 13 liga.
 berikut senarai pemain2 yang dibawa masuk tony pulis yang berjaya merubah imej stoke city
salif diao

andy griffin

asmir begovic

cameron jerome

danny higginbotham

rory delap

ryan shawcross

thomas sorensen

robert huth

jermaine pennant

matthew upson

jonathan woodgate
wilson palacios

kenwyne jones
ricardo fuller
peter crouch

    No comments:

    Post a Comment