Saturday, 29 October 2011

everton vs syaitan merah


game of the week minggu ni pada pandangan aku tertumpu kepada everton dan man united, ramai yang bagi tumpuan perlawanan antara chelsea dan arsenal tapi itu london derby dan aku x berminat langsung game london derby, team dari london yang aku follow hanya lah west ham united. utk game kali ni pastinya tekanan kepada Setan yang kalah 6-1 ahad lepas.mana taknya,dah la x pernah kalah utk musim ni,tiba2 plak kalah 6-1 kat tempat sendiri plak tu. everton yang merupakan pasukan dari merseyside kedua yang aku sokong selepas liverpool nampaknya bangun dari tidur setelah menang 3-1 ke atas foolham.

ramai yang beraggapan man u akan bangkit tapi mengikut rekod dan statistik setan dah 2 tahun tak menang di goodison park. game season lepas plak berakhir dengan kontroversi semasa everton tgah buat counter attack ke gol setan, refree dah tiup wisel penamat padahal bola masih lagi dalam permainan dan ini mengundang kemarahan david moyes kemudiannya meluru masuk ke padang mempertikaikan keputusan pengadil yang pro-setan.

utk match pukul 7 nanti aku x berharap sangat toffees akan menang, seri sekurang2nya sudah memadai dan jika menang moral pemain akan naik dan ini akan memberi semangat kepada team yang tidak berbelanja langsung utk perpindahan pemain musim panas lalu.dengan royston drenthe digantung, tim cahill cedera, phil neville cedera nampaknya everton mungkin menggunakan taktik bertahan dan menyerang jika memperolehi free kick atau corner kick. dan pemain yang akan menjadi tonggak everton untuk game ini ialah

ross barkley, garduan akademi everton yang diberi pendedahan pada musim ini dan dapat menyesuaikan diri dengan cepat

apostolos velios, bersaiz gergasi bakal memberi ancaman kepada phil jones.striker pinjaman ini menjadi telah menjaringkan 2 gol untuk everton mungkin diturunkan sebagai  super sub kerana dia mampu memberi impak segera

tim howard, ex- man u ini diharap mampu menangkis segala serangan man u

leighton baines, pakar hantaran lintang dan mempunyai rembatan free kick yang deras ini bakal memberi masalah kepada de gea jika everton memperolehi free kick berhampiran kotak penalti

louis saha, striker berpengalaman.boleh menjaringkan jika tidak dikawal ketat
leon osman, playmaker yang lincah ini akan mengelirukan pertahanan setan merah dengan hantaran nya
marouane fellaini, midfielder dwi-fungsi ini bertindak menahan pergerakan wayne rooney dan nani dan melancarkan counter attack

No comments:

Post a Comment