Sunday, 16 October 2011

Australia : dulu dan sekarang

semasa kekalahan 5-0 harimau malaya kepada socceroos hari tu mulut laser penonton bolasepak malaysia akhirnya ditutup.kata2 sindiran kepada socceroos kononnya : diorg (australia) ingat senang ke nak bungkus( conquer) asia ni?
sekurang2 sebelum aku bela australia, jawapan utk si mulut lancang tu dah ade.

australia satu ketika dulu taraf bola sepaknya sama je mcm negara asia yg lain,cuma diorg pernah masuk piala dunia 1974 itu je, itu pun ikut kelayakan OFC oceania football federation. bukan diorg nak jalan mudah, tapi permohonan australia utk bermain di bawah AFC tak diterima pada 1964 bersama2 new zealand dan kedua-negara berketurunan inggeris ini bersama2 mengasaskan OCF dan pada 2005 australia mengorak langkah maju ke hadapan dengan menyertai AFC.

dulu.....
persatuan bola sepak australia yang 2x5 dengan FAM.

organisasi yang ditubuhkan pada 1966 setelah 'tidak dibenarkan' menyertai AFC pada 1964
 pemain : pada dekad 90 an dulu liga australia menerima sambutan dingin dari penonton di negara itu yang lebih gemarkan sukan ragbi.taraf liga mereka juga masih amatur dan para pemain di liga mereka terpaksa membuat kerja sampingan spt abbas saad bekerja sbg penjual aiskrim dan scott olerenshaw bekerja sampingan utk mendapat upah menyara hidup. dan utk kehidupan yg lebih baik mereka sanggup berhijrah ke liga luar spt para pemain yg lain tapi bukan ke eropah, sebaliknya malaysia !!! di malaysia abbas saad bermain utk johor dan menerima gaji yg lumayan dan diberi rumah, dan kereta percuma selama tempoh dia bermain utk johor.begitu juga dengan scott olerenshaw ke sabah dan menjadi legenda mereka dan alan davidson (pahang) menerima gaji melebihi melebihi 10 000 sebulan dan diberi pengecualian cukai.
alan davidson

abbas saad

scott olerenshaw

skuad piala dunia 1974 australia
Sekarang ....
sebaik sahaja australia gagal layak ke piala dunia 2002, post mortem telah dijalankan dengan laporan crawford dikeluarkan dan soccer australia di bubarkan kerana badan bola sepak itu dituduh  rasuah dan gagal menjalankan fungsi nya sebagai badan bola sepak australia. sejak itu ASA australian football association ditubuhkan dan kemudiannya pada 2005 digantikan oleh FFA Football federation australia dan maju ke hadapan dengan menyertai AFC dan pada 2006 mereka layak ke piala dunia utk kali ke 2 selepas 30 tahun.
 

pada 2004, NSL(national soccer league) dibubarkan dan digantikan oleh HYUNDAI A-LEAGUE sama tahun dengan liga perdana 1 & 2 digantikan oleh liga super dan liga perdana oleh FAM tetapi format A-League kekal sejak itu hingga ke hari ini berbanding liga super yang sering berubah format nya berdasarkan kedudukan pasukan PAHANG (anak emas sultan bola). apabila A-league dimulakan standard liga australia meningkat dan diberi taraf gred A oleh afc dan kelab dari liga ini sering menjadi pencabar utama di AFC champions league .selain itu A- League turut disertai oleh kelab dari new zealand utk peringkat yg lebih mencabar. para pemain australia juga kini lebih selesa bermain di liga mereka sendiri yang sudah pun di-profesional kan pengurusannya dengan pemain kini boleh menumpukan karier bola sepak mereka sepenuh masa. dan ada juga yang berhijrah ke eropah dan AS, ada juga yang memilih utk bermain di liga yang setaraf spt J-league dan K-league.
pasukan piala dunia 2006 Australia

pasukan piala dunia 2010 Australia
sejak menyertai AFC australia membina reputasi antara gergasi bolasepak asia dan antara pilihan utama dari asia utk layak ke piala dunia setiap kali dianjurkan. kini socceroos berada di ranking 19 FIFA dan jauh meninggalkan malaysia di ranking 147 FIFA, ironi nya, dulu malaysia lah menjadi    'destinasi' pemain dari australia. kini pemain mereka berselerakan di liga-liga eropah dan amerika. 

menariknya: pemain mereka berusaha sendiri utk memajukan diri  dengan menyertai sendiri trial atau ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh sesebuah kelab dan mereka tidak memilih sama ada liga atasan atau liga bawahan dan mereka tidak pun mengharapkan pemilik kelab supaya bersimpati dan menggunakan 'kabel' utk bermain di kelab itu,selain itu juga mereka pergi trial di kelab itu atas dasar mencuba nasib dan bukannya pemilik kelab itu dari australia atau pun kaum kerabat mereka, ini sesuatu yang ada pada pemain australia dan tidak ada pada pemain malaysia.

pemain australia pada usia remaja mereka biasanya akan dihantar ke luar negara utk bermain di akademi kelab eropah dan dari situ lah pendedahan diperolehi , ada di antara mereka yang bermain di luar negara kerana faktor keluarga.

hary kewell
brett holman
brett emerton
tim cahill
josh kennedy
lucas neill

luke wilkshire
mark schwarzer

marc bresciano
mile jedinak
vince grella

No comments:

Post a Comment