Sunday, 16 October 2011

10 tahun selepas kematian 'anak yatim titanik'

profesor michel navratil adalah survivor lelaki yang terakhir mati selepas tragedi titanic. pada masa itu dia baru berumur 4 tahun dan adiknya edmond navratil (1910-1953).adik-beradik ini mempunyai kisah tersendiri kerana pada waktu itu ibu-bapa mereka telah bercerai dan michel navatil sr, bapa mereka telah membawa mereka lari dengan menaiki kapal titanik dari england.di senarai tempahan tiket nama mereka berdua dikenali sebagai loto dan louis.dan bapa mereka menyamar sebagai Louis m.hoffman.


michel navratil
semasa menaiki titanik mereka menetap kelas ke2 dan oleh sebab itu mereka terselamat berbanding dengan penumpang kelas ke3 yang terkorban dalam jumlah yang banyak. semasa menyelamatkan diri bapa mereka terkorban dan michel masih lagi mengingati pesanan bapanya yang berkata 'jika ibu datang kepada kamu.katakan pada nya yang ayah amat menyayanginya dan berharap dia dapat bersama-sama kita di dunia baru' adik beradik navratil pada waktu itu tidak boleh bertutur dalam bahasa perancis dan mereka diberi makan biskut oleh penumpang kelas pertama hugh woolner semasa di dalam bot penyelamat dan mereka akhirnya selamat setelah bertembung dengan kapal RMS CARPATHIA.

gambar yang diambil selepas tragedi utk mengenalpasti waris terdekat mereka
ketika mengenalpasti penumpang adik-beradik ini tidak boleh bercakap kerana michel hanya boleh bertutur dlm bahasa perancis dan edmond baru berusia 2 tahun dan mereka digelar 'anak yatim titanik'  di amerika mereka dijaga oleh margaret hays yang boleh berbahasa perancis hinggalah adik-beradik itu di kunjungi oleh ibu mereka, marcelle yang datang dari perancis utk membawa mereka pulang ke perancis. dan sejak itu adik-beradik itu tidak pernah pulang ke amerika.

gambar michel dan edmond pada 22 april 1912

bapa mereka yang mati ketika kapal tenggelam telah ditemui oleh kapal peronda & penyelamat CS mackay-bennet dengan sepucuk revolver di dalam poketnya dan mendiang dikebumikan di perkuburan yahudi baron de hirsch,di nova scotia sebuah wilayah maritim di bawah jajahan takluk kanada.


michel dan edmond berjumpa semula dengan ibu mereka
pada 1987 michel pergi ke wilmington, Delaware.  utk mengingati peristiwa tenggelam nya titanic setelah 75 tahun.itu adalah lawatan pertamanya ke amerika syarikat sejak 1912. pada tahun berikutnya dia dan sepuluh mangsa yang  terselamat telah menyertai konvensyen komuniti mangsa titanik @ titanic historical society sebuah organisasi yang ditubuhkan utk memelihara warisan titanik. pada 1996 dia bersama survivor yang lain telah belayar ke lokasi di mana titanic tenggelam dan cuba utk membawa sebahagian besar badan titanik ke permukaan. sebelum kembali ke perancis dia pergi melawat kubur bapanya dan itu kali yg pertama sejak dia terselamat dalam tragedi titanic. 

edmond, adik michel
menjadi askar perancis pada perang dunia pertama dan menjadi tahanan perang dan selepas perang tamat keadaan kesihatannya merosot dan dia meninggal pada 1953.

No comments:

Post a Comment