sejak kekalahan kepada singapura hari tu,aku mula tertanya2 dari mana asalnya gergasi dan apa hebatnya orang tua ni??
baru aku tau kenapa fan singapura taksub sangat dengan kuda tua ni.aleksandar duric ni dah menjaringkan lebih 300 gol di liga singapura.walaupun berumur 41 tahun dan masih lagi belum bersara,umur macam ni kat eropah sana umur macam ni mereka akan jadi scouting talent atau pun dalam program kursus kejurulatihan.striker veteran ni berasal dari bosnia herzegovina.dia asalnya bermain sbg goalkeeper utk kelab tempat kelahirannya, sloga doboj,kemudian bertukar posisi menjadi penyerang.aleks jugak pernah mewakili bosnia herzegovina di sukan olimpik 1992 dalam acara kanu dan dia menamatkan acara itu ditempat tercorot dari 7 peserta.
utk menyambung karier bola sepaknya, aleks telah berhijrah ke australia dan bermain utk kelab2 di liga australia dan juga di china. kemudiannya dia bermain utk kelab singapura,tanjung pagar fc dan mencipta impak dengan bermain 16 perlawanan liga dan menyumbang 15 gol.kemudiannya kembali ke australia semula bermain utk marconi stallions, selepas itu dia berkelana ke sydney olympic dan kembali semula ke singapura utk menyertai home united dan menyumbat 10 gol dari 11 perlawanan liga.
sejak 2001-2004 dia diikat kontrak oleh geylang united dan membantu mereka memenangi liga singapura musim 2001 dan piala singapura 2004.di geylang united dia membuat 126 penampilan liga dan menjaringkan 148 gol satu rekod yang menakjubkan.
dari tahun 2005-2009 dia bermain utk singapore armed forces dan menjuarai liga singapura 4 musim berturut2 dari musim 2006-2009 dan 2 kali menjulang piala singapura.jumlah kemunculan liga utk aleks utk SAF ialah 129 perlawanan dan 157 gol, satu rekod baru tercipta.pada 2007 dia diberi cap singapura setelah menetap lebih 5 tahun di singapura dan tidak pernah membuat kemunculan antarabangsa utk bosnia herzegovina.
kini dia bermain utk tampines rovers,musim 2010 dari 40 perlawanan dia menyumbang 26 gol dari 46 perlawanan.menandakan dia masih mampu mengekalkan prestasinya biarpun sudah menjangkau 41 tahun.
No comments:
Post a Comment