Saturday, 8 October 2011

burger OM top burger di KL

sebelum ni aku ade cakap burger om ni antara 2 best burger di KL selain burger bob. jika sebelum ni aku bercerita tentang burger bob sekarang aku nak bercerita tentang burger OM plak.burger om ni diusahakan oleh sepasang suami isteri berketurunan jawa,kini pakcik ni dibantu anak lelakinya. nama OM tu diambil dari bahasa jawa yg bermaksud abang. lokasi stall dia terletak di hadapan 7-11 ampang jaya. beroperasi sejak 25 tahun lalu burger ni selalu mendapat review yang bagus dari penggemar burger. mula beroperasi pukul 8-11.30 malam


cara pembuatan burgernya juga berbeza,semasa daging burger dimasak biasanya pembuat burger tu akan press daging tu sampai hilang minyak dan tak kan biarkan kuali dia berminyak tapi yang uniknya pakcik ni buat burger tanpa menekan daging tu dan kuali dia penuh dengan minyak, rahsia nya semasa menekan daging burger tu secara x sedar yang kita tekan bukan setakat minyak tapi ramuan rahsia dan rempah yang RAMLI letak dalam patty tu.waktu utk menunggu burger pun lame la jgak pasal banyak customer.burge ryg jadi favourite kat sini ialah double cheese burger.

yang menariknya tentang pakcik ni dia sebelum berniaga burger,terlebih dahulu berniaga apam balik.dari situ la dia kenal dengan isteri dia yang bekerja di kawasan sekitar pada masa tu.dlm sehari pakcik ni boleh menjual 350 biji burger. sejak dibuka pada 1986 dia tidak pernah berpindah lokasi dan kekal di situ sehingga ke hari ini.rahsia kejayaan nya ialah ikhlas dan jangan terlalu mementingkan keuntungan. contoh : ada customer nya yang terlupa membawa duit dan dia memberi makan burger secara percuma selepas itu pelanggan itu datang semula dan membeli burgernya.
aku pun x penah pegi lagi stall burger ni. ni alamat die :

OM Burger (in front of 7-11)
Lorong Kolam Air Lama,
Ampang Jaya,
68000 Selangor,
Malaysia.













No comments:

Post a Comment