keunikan kampung kandovan ini ialah rumah di sini adalah batu-batu yang diukir dan dihakis untuk dijadikan rumah penduduk di sini. terletak di iran, kampung ini sudah berusia 700 tahun.menurut fakta, asalnya penduduk pertama kampung ini menetap disini utk bersembunyi dari serangan askar mongol.oleh sebab itu mereka menggali batu-batu di sini untuk dijadikan tempat persembunyian lama kelamaan tempat persembunyian ini dijadikan rumah.
Pengunjung boleh memilih untuk bermalam di Hotel Kandovan Tourism Cliff yang bertaraf 5 bintang terletak di tengah-tengah kampung atau jika anda dapat berbahasa Farsi anda mungkin berpeluang untuk bermalam di salah satu rumah tetamu di sana. Di sepanjang sungai yang terletak di perkampungan batu ini, terdapat banyak sekali cafe-cafe. Anda boleh duduk menikmati secawan kopi atau segelas jus zam-zam sejuk dengan angin lembut yang dipenuhi wangian aroma bunga mawar.
No comments:
Post a Comment