Thursday 20 October 2011

aku, liverpool dan norwich city

satu ketika dulu, norwich city agak dekat dengan malaysia kerana PROTON adalah sponsor kepada team ni, pasal kilang lotus di UK masa tu  terletak di  NORFOLK ,east-anglian,england. disebabkan lotus dimiliki proton jadi logo proton akan dipamer pada jersi home dan lotus utk away jersi.

norwich mula dikenali setelah memenangi promotion ke epl utk musim 2004-2005. dan dengan itu norwich pun diperkenalkan kepada rakyat malaysia sehingga tertubuhnya norwich city fan club rata2 nya disertai pekerja proton. antara kenangan norwich dengan malaysia ialah team kebangsaan kita pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan norwich berkesudahan norwich menang 1-0, selepas itu keluar pula desas desus yang penyerang yang tak seberapa hebat,akhmal rizal akan ke norwich.
norwich city vs malaysia
norwich di england pula dikenali antara founding members of EPL, pada musim pertama english premier league norwich menduduki tempat ke3.dan mereka satu-satunya  kelab british yang berjaya mengalahkan bayern munich di olympic stadium. pada 1994-1995 kelab canaries itu tersingkir ke 1st divison (kini Npower championship) dan terpaksa menanti 9 tahun kemudian utk kembali ke epl dengan menjuarai championship.

di epl 2004-2005 norwich berdepan masalah penyudah yang kurang berkesan dan kurang menjaringkan gol dan ini membawa kepada pembelian dean ashton yang menjadi rekod perpindahan norwich sebanyak 3 juta pound dan kemudiannya menjadi rekod penjualan norwich 7.5 juta pound ke west ham united. norwich bergelut utk kekal di epl dan akhirnya tersingkir pada akhir musim itu dan gagal mengelak badi yang menimpa mereka 10 musim dahulu.tetapi mereka ada sedikit memori utk dikenang setelah menumpaskan man utd 2-0 dan newcastle 2-1, dan mereka juga memperkenalkan robert green kemudiannya menjadi goalie antarabangsa england dan mereka berjaya mengasah young gunner's david bentley  dalam tempoh pinjaman semusim kemudiannya mewakili england.

damian francis

darren huckerby

david bentley
robert green

nigel worthington,pengurus norwich ketika itu
setelah tersingkir ke championship, norwich mengalami zaman suram setelah musim berakhir 2008-2009 mereka tersingkir ke league one dan di perlawanan pertama league one mereka dimalukan musuh setempat,colchester united 7-1, setelah paul lambert mengambil alih norwich dia berjaya mengubah nasib mereka dengan menduduki tempat ke2 musim 2009-2010 dan menduduki tempat ke2 musim 2010-2011  utk kembali ke EPL setelah 'hilang' 7 tahun.


bersempena perlawanan norwich vs liverpool sabtu ini akan ada sedikit nilai sentimental antara 2 kelab ini dengan craig bellamy dahulunya memulakan karier profesional di sini dan zak whitbread dan daniel ayala dahulunya bermain utk liverpool kini bermain utk kelab ini.
craig bellamy

daniel ayala
zak whitbread

No comments:

Post a Comment