Sunday 9 October 2011

olahraga charlton fc

charlton athletic fc asalnya gabungan kelab sukan di tenggara london.antara kelab yang bergabung itu ialah blundell mission dan east street mission. kini kelab ini berusia 106 tahun. sekarang ini bersaing di league one, peringkat profesional ke 3 bolasepak di england. kelab ini bermusuh dengan jiran setempat, west ham,crystal palace,dan millwall.stadium mereka ialah the valley yang berkapasiti 27 111 penonton.
 
alan curbishley
kelab ni satu ketika dulu pernah mencetuskan kejutan dengan mengikat man utd, menumpaskan liverpool,mengaibkan chelsea,memalukan arsenal dan hampir merebut tempat ke eropah. itu semua semasa di bawah pemerintahan alan curbishley,pengurus yang bijak membelanjakan wang utk membeli pemain dengan membeli pemain yang ada potensi utk menyerlah di masa hadapan dan menjual mereka pada harga tinggi.walaupun perbelanjaan yang diberikan adalah terhad kerana charlton bukanlah kelab kaya tapi mereka masih mampu bersaing.

the addicks juga ada sejarah tersendiri dengan mempunyai rangkaian pertahanan yang digelar 'young fish cost a fortune' bermaksud ikan mentah menghasilkan tuah. tapi itu sebenarnya lebih merujuk kepada nama2 pemain pertahanan charlton ketika itu
mark FISH
Jonathan FORTUNE

luke YOUNG

jorge COSTA 
 
seperti jiran mereka,hammers. addicks juga adalah feeder club buktinya jonjo shelvey yang kini berusia 19 tahun telah membuat kemunculan senior utk kelab pada usia 17 tahun dan kini dia dipinjamkan liverpool ke blackpool utk pengalaman senior dan carl jeckinson kini bersama arsenal telah dilihat ada potensi utk menyerlah. michael turner (sunderland) jermain defoe (tottenham hostpur) robert elliot (newcastle) juga adalah bekas graduan akademi charlton. yang terdahulu ialah scott parker(tottenham)lee bowyer (ipswich)richard rufus (charlton) linvoy primus(portsmouth) j lloyd samuel (leeds united)paul konchesky (leicester city).
carl jeckinson

jonjo shelvey
scott parker
darren bent
charlton juga sering mengasah bakat2 baru dan membeli mereka pada harga murah.setelah pemain itu mencuri perhatian mereka akan menjual pada harga yang jauh lebih tinggi dari harga asal pemain itu.contohnya darren bent di beli hanya 2.5 juta pound dari ipswich tetapi mereka menjual nya 16.5 juta kepada tottenham hostpur setelah bent kerap menjadi antara penjaring terbanyak di epl. scott parker pula di jual 10 juta pound ke chelsea.andy reid dari spurs dibeli dengan harga 3 juta dan dijual ke sunderland 5 juta.
kejatuhan charlton bermula dengan pemergian alan curbishley pada akhir musim 2005/06.  charlton  menerima nasib malang setelah alan curb pergi tempatnya digantikan oleh iain dowie, tetapi gagal mengubah prestasi charlton dan dia dipecat, les reed pembantunya pula menjadi pengganti dan bertahan utk sebulan dan diambil alih oleh alan pardew yang sebelum itu dipecat oleh west ham utd.tetapi masih gagal juga menyelamatkan charlton dan mereka tersingkir setelah 6 musim di liga perdana. alan curbishley pula melakukan keajaiban di west ham dengan membantu mereka memenangi perlawanan2 terakhir mereka dan berjaya mengelak penyingkiran.

ironi nya, alan curbishley mengambil alih tempat alan pardew di west ham dan dia berjaya menyalamatkan mereka,berbeza pula dengan alan pardew yg menggantikan tempat alan curbishley di charlton tetapi dia gagal menyelamatkan mereka.

nasib malang charlton tidak terhenti di situ saja,setelah 1 musim di liga kejuaraan coca-cola (kini Npower championship) mereka tersingkir pada musim 2008-2009 setelah menamatkan musim di tangga tercorot.

No comments:

Post a Comment