Friday, 7 October 2011

steve wozniak : KEMATIAN STEVE JOB seperti kematian john lennon dan JFK

steve wozniak
rakan sekolah, pengasas bersama apple ini ketika diberitahu tentang kematian steve jobs berkata saya terkejut, dan tak percaya.rasa nya seperti mendengar khabar john lennon dan jfk mati ditembak.dan saya tak menduga ini akan terjadi. ketika ditemubual oleh susan li dalam rancangan asia edge,rancangan stesen tv bloomberg.

dua steve ini mula bertemu di awal dekad 70 an dengan jobs bertindak mencari idea dan wozniak merealisasikan idea jobs. duo ini mendemonstrasi kan komputer peribadi apple I dan apple II di pameran kelab komputer homebrew pada 1975.

persahabatan yang kukuh menyatukan dua sahabat ini selama lebih 30 tahun . kata wozniak : steve seorg yang cool,tahu mendalam tentang teknologi dan kami bercakap tentang falsafah utk hari  itu .

 kali terakhir berbual dengan steve jobs menerusi telefon suaranya kurang jelas kedengaran dan dia tidak rancak berbual seperti kebiasaan dan ini membuat wozniak risau dengan keadaan kesihatan jobs.

No comments:

Post a Comment