mulanya sebelum membaca novel p ramlee ini aku fikirkan sitora tu nama orang,tapi setelah diterangkan pada bahagian pengenalan baru aku tahu si tora itu sebenarnya membawa maksud Harimau - tora ialah perkataan bahasa jepun bermaksud harimau.
dan sitora atau si harimau dalam novel itu ialah seorang/seekor harimau jadian yang membuat onar di kampung kiambang. cerita bermula dengan Naemah,anak perempuan pendekar amin diganggu sitora semasa membasuh kain, lalu dia pun berada dalam keadaan lemah semangat tok dukun dipanggil untuk menyembuh Naemah tetapi tok dukun ini meminta wang pengeras supaya si tora tidak menggangu Naemah lagi.
cerita berkembang dengan tok penghulu,pendekar amin,ocpd mutalib menjemput Dr Effendi,seorang doktor muda dari kota.doktor ini memberi ubat suntikan kepada Naemah dan anak perempuan pendekar amin pun pulih,kehadiran dr Effendi itu mendatangkan rasa kurang senang kepada tok dukun.
pada suatu hari, tok penghulu,pendekar Amin,Dr Effendi,dan 3 orang sahabat tok penghulu pergi ke rumah tok dukun bertanyakan apa kelemahan si tora dan dimana rumahnya, tok dukun pun memberitahu rumah si tora di kaki bukit dan jala dilayangkan bila sitora tidak menyedari kehadiran musushnya. sitora berjaya ditangkap dan pendekar amin yang hilang kawalan tiba-tiba menikam parang ke perut sitora, para sahabat tok penghulu ditinggalkan untuk menjaga mayat sitora sementara pendekar amin,tok penghulu,dr effendi pergi menemui ocpd mutalib, ocpd mutaliba dibawa ke rumah sitora dan sahabat tok penghulu yang menjaga mayat sitora ketika itu sedang tidur, setelah dibuka jala yang memerangkap 'mayat' sitora yang ditemui hanyalah rangka kayu berbentuk badan manusia dan darah sitora pada parang pendekar amin hanya lah kesan putih !!! sitora hilang !!! dan dia tidak mati
khabar berita tok dukun senyap dalam tempoh 3 bukan itu,dan sitora juga tidak mengganas dalam tempoh 3 bukan itu.dalam lingkungan 3 bulan selepas kehilangan sitora dia kembali mengganas dan membunuh pendekar amin dan isterinya menyebabkan naemah yang baru bertunang dengan dr effendi menjadi anak yatim piatu dan untuk keselamatan naemah dia tinggal bersama ocpd mutalib dan isterinya.selepas itu tukang membuat jala pula menjadi mangsa sitora yang kembali mengganas,disusuli pembunuhan 3 orang sahabat tok penghulu yang mengikuti rombongan dalam OPS TORA,diikuti dengan pembunuhan tok penghulu oleh sitora,dan akhri sekali dr effendi menjadi mangsa sitora dengan sitora mengkelar leher dr effendi dan sitora mengkelar tangannya lalu mengalirkan darahnya ke dalam darah dr effendi lantas menjadikan dr effendi sebagai si tora junior.
kesan pengaliran darah itu dr effendi berubah wataknya,dia takut kepada cermin,klinik nya tidak lagi beroperasi, dan jika hendak kembali normal dr effendi harus membunuh satu nyawa sehari untuk mengembalikan naluri manusia nya kerana dia kini separuh sitora junior dan separuh lagi manusia.
untuk mengatasi masalah itu ocpd mutalib memanggil seorang doktor dari ulu kemboja, dr bakar untuk mengubati dr effendi yang sakit, dr bakar percaya jika tiada perubatan moden yang berjaya mengubati sebarang penyakit,perubatan tradisional adalah rawatan alternatif.dr bakar membuat pemeriksaan kesihatan pada dr effendi dan dia dihalau kerana dr effendi berasa tidak selesa dengan kehadiran dr bakar.
untuk membebaskan diri dari sumpahan sitora dr effendi harus mengikut 4 syarat yang dikemukakan iaitu
membawa naemah berjumpa dengan sitora,
dr effendi harus pergi meninggalkan kampung kiambang selepas dia pulih,
membunuh naemah di depan sitora
dan mencari mangsa di tempat lain setelah meninggalkan kampung kiambang
secara tiba-tiba dr bakar dan ocpd mutalib muncul di rumah sitora itu,rupa-rupanya mereka telah merancang pelan dengan naemah untuk memerangkap sitora dan membunuhnya.petang itu mereka telah menemui tok dukun dan bertanyakan apa kelemahan si tora, tok dukun memberitahu kelemahan sitora ialah kayu tas dan kayu tas itu tidak berada dalam kampung kiambang itu.lantas dr bakar menghulurkan tongkat nya dia berkata tongkat itu ialah kayu tas yang dihadiahkan oleh tuai rumah orang iban semasa dia berkhidmat di sarawak.tok dukun memberitahu hanya kayu tas yang asli saja mampu menundukkan sitora.sebaik saja menguji keaslian kayu tas itu tok dukun pun menggigil dan melempar jauh kayu itu ke dinding rumahnya dan berkata kayu itu terlalu kuat dan ilmu nya tidak mampu menandingi kayu tas itu.
di rumah sitora dr bakar menikam kayu tas itu ke dada dr effendi dan sumpahan sitora itu lesap secara tiba-tiba.kini dr effendi bebas dari sumpahan si tora dan setelah melihat kayu tas yang jadi kelemahannya itu ada pada dr bakar sitora berjanji dan bersumpah tidak akan menggangu kampung kiambang lagi,dr bakar bertanya kenapa sitora tidak mampu mengghaibkan dirinya sebaik saja melihat kayu tas itu, sitora menjawab dia tidak dapat menghilangkan dirinya kerana sumpahan kayu itu menghalang dia dari ghaib. dr bakar menikam kayu itu ke dada sitora dan dia berubah menjadi manusia dan tidak mengejutkan yang sitora itu ialah tok dukun,tok dukun itu mati disitu setelah dia ditikam oleh kayu tas yang mampu menundukkan ilmunya. tok dukun sebelum ini menyatakan ilmu sitora terlalu kuat dan dia mustahil untuk ditangkap dan dibunuh.
tetapi bagaimana tok dukun tahu dimana rumah sitora? mengapa perlu membayar sejumlah wang perlindungan ? mengapa haiwan jadian memerlukan duit ? mengapa tidak dibayar dengan daging ? adakah tok dukun ini public relation atau penterjemah sitora kepada masyarakat kampung kiambang ??
ini persoalan yang bermain di fikiran aku sepanjang aku membaca novel ini
No comments:
Post a Comment