Thursday, 20 December 2012

Singapore 3-1 Thailand : Pengajaran Yang Perlu Kita Ambil


jurulatih 
raddy avramovic telah membimbing singapura sejak 2003 lagi dimana malaysia ketika itu di era allan harris,kemudian bertalan bickskei.norizan bakar,b sathianathan,dan sekarang K rajagopal.sepanjang 9 tahun raddy di kota singa,malaysia telah bertukar ketua jurulatih sebanyak 5 kali,secara puratanya seorang coach bertahan selama 1 tahun setengah dari bermulanya rejim raddy avramovic.yang menjadi isu di sini singapura bukan lah hebat sangat dan mereka juga tak pernah layak ke piala dunia seperti malaysia,tetapi mereka tetap setia pada jurulatih yang satu itu dan biarpun mereka kalah dan tidak layak ke final pada edisi 2008 dan 2010 mereka masih mengekalkan raddy avramovic.harus diingat raddy avramovic bukan ahli silap mata yang dapat membawa kejayaan sekelip mata.

raddy mula melatih skuad singapura sejak 2003 dan sejak itu dia sering memberi tempat kepada pemain muda seperti ridhuan mohammad,baihakki khaizan,shahril ishak,lionel lewis,khairul amri(sekadar menyebut beberapa nama) dan hasilnya tahun 2005 pemain-pemain ini antara tonggak singapura yang menjuarai piala tiger (nama lama suzuki aff) buat kali kedua sejak 1998.

pemain
majoriti pemain singapura yang dapat dilihat dalam perlawanan malam tadi ialah mereka yang telah bermain di piala tiger 2005,piala aff 2007,2008,2010. dengan pengalaman yang mereka ada itu membantu mereka untuk cool down dan jangan cepat menggelabah contohnya semasa thailand menyamakan kedudukan 1-1 singapura hanya memerlukan 3 minit untuk mendahului hasil jaringan khairul amri, khairul amri telah mewakili singapura sejak piala tiger 2005 dan dia seakan ada magik dengan tabiatnya gemar menjaringkan gol di final iaitu 3-1 menentang indonesia final 2005,1-1 ketika menentang thailand final 2007 harus diingat khairul amri telah mewakili singapura sejak dia berumur 19 tahun dan ini memberi pengalaman kepada khairul amri untuk tidak gopoh dan tenang ketika pasukan lawan telah menyamakan kedudukan.

fazrul nawaz,shafwan baharudin,shaiful esah,isa halim telah bermain mewakili lions 12 di liga super dan ini membentuk persefahaman antara mereka begitu juga dengan golkeeper, izwan mahbud yang asalnya bidan terjun tetapi kini menjadi regular starter untuk singapura setelah lionel lewis memilih untuk bersara,dan hassan sunny pula dilanda kecederaan.di usia 22 tahun dapat bermain mewakili negara secara kerap itu dapat membentuk permainan dan skill yang mantap seperti iker casillas yang telah mewakili sepanyol sejak usia awal 20 an.

naturalisasi
ini satu-satunya point yang dapat digunakan oleh peminat di malaysia ini untuk menafikan kelebihan singapura.sebenarnya singapura bukanlah bergantung harap pada pemain import ini,dan pemilihan pemain naturalisasi ini berdasarkan prestasi semasa bukan nya berdasarkan konsep ' saya kenal pemain saya' johnny wilkinson,precious emuejeraiye,agu casmir,itimi dickson  adalah pemain naturalisasi yang tidak dipilih untuk mewakili singapura setelah mereka gagal membantu singapura melepasi peringkat kumpulan edisi 2010.

sejak itu raddy avramovic memberi tumpuan kepada pemain young lions untuk mewakili negara dan memilih pemain naturalisasi yang benar-benar berada dalam prestasi terbaik mereka seperti aleksandar duric yang menjadi top scorer di liga singapura,dan daniel bennet yang mampu bertahan dengan baik.

padang
padang tiruan stadium jalan besar sering dijadikan isu kelebihan kepada singapura.masalah nya dulu semasa bermain di stadium kallang yang padangnya macam sawah padi mereka merungut juga,tunggulah 2 tahun lagi untuk mereka yang merungut ini bermain di padang baru stadium kallang apa lagi rungutan mereka,agaknya mereka ini mahu bermain di padang pasir baru berhenti merungut agaknya.biasalah kalau kalah padang dijadikan alasan padahal singapura juga pernah kalah di stadium jalan besar kepada terengganu dan faktor padang tiruan bukan faktor singapura akan menang.

apa salahnya jika diperuntukkan dana untuk membina padang tiruan ? sekurang-kurangnya pemain kita tidak lah dibebani masalah kasut berat ,stud dipenuhi lumpur dan rumput ketika hujan. kita harus faham yang iklim panas dan lembap ini memungkinkan rumput kita tidak seindah rumput desso grassmaster di emirates.untuk mengatasi masalah culture shock bermain di padang tiruan adalah lebih mulia jika fam mengorbankan sedikit dana untuk membina padang tiruan untuk dijadikan padang latihan

2 comments:

  1. button capslock/shift mamat ni rosak kot..

    ReplyDelete
  2. ih..apa ni..sporek tu senang je lauk 5-0 kena dgn jordan..kahkah

    ReplyDelete