duric 42,dilahirkan di yugoslavia,bekas negara sosialis dimana edin dzeko juga dilahirkan.selepas gagal menemui sinar dalam kerjaya bolasepaknya di sweden dia kembali ke yugoslavia tetapi perang tercetus dan passport yugoslavia nya sudah tidak sah lagi dan pada masa itu dia jadi seorang manusia yang tidak bernegara dan tiada mempunyai wang dia terpaksa menetap di hungary.
di hungary dia menerima surat tawaran dari majlis olimpik bosnia yang baru dibentuk dan dia mendapat tawaran untuk mewakili bosnia ke sukan olimpik 1992 di barcelona.semasa di usia remaja duric ialah seorang juara dalam sukan kayak dan sebab itu dia ditawarkan untuk mewakili bosnia ke olimpik 1992 dan dia juga tersenarai antara kumpulan 10 atlet yang pertama mewakili bosnia ke sukan olimpik.perjalannanya ke barcelona bukan lah mudah dengan dia pergi ke barcelona dengan cara mengembara iaitu menumpang mana-mana kenderaan yang hendak menuju ke tempat yang sama laluan dengan nya.ini satu cabaran yang paling diingati nya kerana atlet olimpik lain menaiki kapal terbang untuk ke barcelona. selepas diturunkan di austria oleh seorang pemandu trak dia disoal siasat oleh polis imigresen dia menjawab dia dalam perjalanan ke sukan olimpik barcelona dan dia juga atlet mewakili negara bosnia tetapi mereka seperti tidak mempercayai butiran yang diberikannya dan mereka(polis) menganggap duric pelarian perang yang mencari perlindungan.dia kemudian berjaya meyakinkan mereka dan duric berjaya beraksi di sukan olimpik barcelona dalam acara kayak.
duric kemudian menyambung karier bolasepak nya ke australia dan pada tahun 2001 dia berhijrah ke singapura dan sejak itu dia mencipta nama antara penjaring gol terbanyak di liga singapura.duric memperolehi kewarganegaraan singapura nya pada tahun 2007 dan 2 bulan selepas diberi kerakyatan duric diberi peluang mewakili singapura di usia 37 tahun iaitu usia yang kebiasaanya menjadi titik noktah kepada karier seseorang pemain. pada debut pertamanya untuk singapura pada tahun 2007 duric menjaringkan 2 gol menentang tajikistan untuk singapura menang 2-0 dan kenangan itu paling diingati nya sehingga ke hari ini. dan kemenangan piala aff 2012 ditujukan khas kepada aleksandar duric yang bersara selepas tamat pertandingan aff edisi 2012 ini. duric telah mewakili singapura sejak edisi 2008 dan 2010 tetapi dia tidak pernah merasa ke final dan dengan kejayaan aff 2012 itu umpama kemuncak karier kepada duric.
tetapi duric masih belum bersara di peringkat kelab,penyerang tampines rovers ini menyatakan hasrat untuk bersara selepas musim 2013 tamat.adakah duric bersara terlalu lama ?? sudah tentu tidak, ahmed abdi robieh 45 dan terrence jones 44 masing-masing masih bermain dan mewakili djibouti dan us virgin island.
laporan asal : sejarah aleksandar duric
jasamu dikenang aleksandar duric !!!
duric oooo.... duric ooooo
he's only 42 his better than zidane
No comments:
Post a Comment