Assalamu'alaikum,
Sempena
Liga Malaysia yang akan bermula dalam tempoh 15 hari sahaja
lagi(saingan liga bukan Piala Sumbangsih), saja aku nak kongsi-kongsi
pendapat pasal "SUPPORT LOCAL FOOTBALL".
Bila
sebut pasal "local football", ramai yang menganggap ianya adalah
pasukan kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama Harimau Malaya.
Mereka seolah-olah lupa yang kita sebenarnya ada liga domestik, kita ada
pasukan tempatan yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia dan kita
sebenarnya ada pasukan bolasepak lain selain Harimau Malaya &
Harimau Muda. Kita ada liga kita sendiri weyh!! ;-)
Rata-rata
yang bercakap perihal "local football" ini akan bercerita mengenai
pasukan Harimau Malaya. Kalau kita cakap "jom pegi stadium sokong
bolasepak tempatan", mereka akan ingat yang mereka dah pergi stadium
waktu Piala AFF 2012 tempoh hari.
Bercerita
mengenai "Support Local Football" nih sebenarnya isu yang kalau kita
cakap ramai yang akan terasa dan ramai yang akan datang dengan
bermacam-macam bentuk pendapat mengenai cara sokongan, tetapi semuanya
akan bertumpu pada Harimau Malaya, susah nak cari yang bila sebut
"Support Local Football", orang itu bercakap pasal Melaka, Perlis, Kedah
ke atau Pahang, T-Team ke, jarang sekali kerana mereka pasti akan
tertumpu pada nama Harimau Malaya.
Satu
lagi cabang topik yang menyentuh hati di bawah topik "Support Local
Football" ialah bila kita berbicara mengenai sokongan terhadap bolasepak
Eropah dan pasukan luar. Bab nih memang ramai yang akan terasa dan
tersentuh hati. Kalau letak 10 orang, 10 orang tu akan terasa, kalau
letak 20 orang mungkin 18 orang akan terasa, begitulah statistiknya
secara kasar.
Aku
sebenarnya pelik dengan situasi sokongan di Malaysia, di mana restoran
dianggap seumpama stadium atas alasan ingin bersama pasukan kesayangan
masing-masing dari Eropah walhal di Malaysia sendiri ada stadium dan
pasukan tempatan. Jadi rasa pelik aku ini aku terjemahkan dalam satu
status aku di Facebook;
menang lah 20 berbalas kosong sekalipun...tapi
kalau bersorak depan "idiotbox" kata orang putih, berlari keliling
restoran, bernyanyi sekuat mana pun tapi kalau yang dengar tu hanya
mamak-mamak atau pelayan kedai atau jiran-jiran bukannya pemain-pemain
kesayangan anda...itu style menyokong yang macam mana tuh?? cuba pegi
bukak kamus check balik istilah dan makna menyokong..hehe..bukan
dengki..cuma biar nampak logik sikit duduk kat negara maju nih..tengok
boleh jek layan..cuma bila hang kata hang sokong tu yang datang pelik
dan tak terjangkau dek akal fikiran..lebih baik salurkan tenaga sokongan
dan kreativiti sokongan anda pada local football di stadium..baru real
brader!! ;-)
Aku
letak status begitu sebab memang aku pernah saksikan sendiri kelibat
orang-orang kita yang berada di restoran-restoran tapi lagak serta gaya
mereka memberikan sokongan memang sebijik macam di stadium. Setiap
minggu, apa yang dilakukan oleh penyokong di Eropah, mereka lakukan di
sini, cuma bezanya di Eropah mereka terjemahkannya di stadium untuk
pasukan tempatan mereka tetapi di Malaysia mereka terjemahkannya di
restoran untuk pasukan luar walhal kita ada liga kita sendiri, kita ada
pasukan tempatan kita sendiri, kita ada stadium kita sendiri.
Ada
yang mengatakan di mana jua kita ada aura atau "viral" sorakan itu akan
sampai dan melangkaui stadium, betul aku tahu pasal aura nih sebab tu
lah kena ke stadium, bukankah lebih sampai aura itu pada pasukan jika
stadium penuh berbanding 200-300 orang je yang pergi stadium(aku cakap
berdasarkan statistik pasukan tempatan aku, Selangor). Kan lebih sampai
auranya jika lebih dekat berbanding berjuta batu dan kilometer jauhnya.
Ada
juga mengatakan lebih mudah untuk menguruskan urusan harian jika tengok
bola di rumah, contoh kalau mereka yang ada bayi yang masih kecil dan
sebagainya, dah kalau kau ada bayi kecil tak payah lah pegi stadium, tak
kan bolasepak nih kejam sangat sampai ada hal-hal mustahak pun nak kena
pergi stadium. Tapi tak kan lah tiap-tiap minggu hanya 200-300 orang je
yang takde urusan harian dan anak-anak kecil(berdasarkan statistik
Stadium Shah Alam). Maksud aku ialah kalau kau boleh pergi ke restoran
setiap minggu untuk sokong pasukan jauh beribu kilometer dari tempat kau
berdiri kenapa tidak kau turun ke stadium untuk sokong orang kau
sendiri, pasukan tempatan kau. Kalau cakap pasal komitmen, kenapa kau
boleh bagi komitmen setiap minggu untuk pasukan luar tetapi tidak pada
pasukan tempatan yang majoriti mereka anak tempatan kau yang main. Apa
beza kau luangkan masa ke restoran atau ke stadium?? walhal kedua-duanya
pun pasal bola jugak.
Ada
juga yang mengatakan mereka tengok bola di restoran dan menyokong
pasukan luar itu kerana hiburan, lepak dengan kawan-kawan dan
sebagainya. Apa pegi stadium support local team tak boleh berhibur?? Apa
pegi stadium tengok Liga Malaysia tak boleh lepak ngan kawan-kawan kat
stadium??
Ada
pula kata lain orang lain cara, lain orang lain mentaliti. Betul, itu
aku memang setuju, tapi kenapa kau sibuk suruh pemain ikut cara
permainan Jepun lah, Barcelona lah. Kau suruh FAM tiru format liga Jepun
lah, liga di Eropah lah. Kau cerita pasal kemajuan liga orang tapi kau
sendiri tak nak tiru macam mana diaorang sokong liga tempatan diaorang.
Diaorang pun ada anak kecil yang menyusu, ada juga urusan harian mereka
di sana, tapi stadium penuh saban minggu walaupun untuk pasukan yang
lemau dan bawahan. Itu korang semua tak tengok ke? tak nak ikut? tak nak
contohi?
Bila
kita sebut pasal tu, mereka akan masuk pula bab kualiti permainan,
katanya mereka sokong pasukan luar sebab kualiti permainan pasukan itu.
Kalau nak ikut sokong sebab kualiti permainan, maka majoriti penduduk
dunia akan menyokong Barcelona sebab main cantik, abis kosong lah
stadium Persija, kosonglah stadium Persib, kosonglah stadium Galatasary,
kosonglah stadium Urawa Reds, kosonglah stadium Sydney FC, kosonglah
stadium Muangthong United, kosonglah stadium Chonburi FC, kosonglah
stadium Boca Juniors, kosonglah stadium Corinthians, kosonglah stadium
West Ham, kosonglah stadium Queens Park Rangers, kosonglah stadium
Palermo kalau dah semua nak sokong sebab pasukan tu main cun katanya.
Tapi peliknya bagaimana semua stadium yang aku sebut tu boleh penuh bagi
setiap perlawanan dalam saingan liga tempatan mereka?? Pasukan mereka
tak main cun macam Barcelona, macam Real Madrid tapi kenapa penuh?? Apa
diaorang takde komitmen lain ke? apa diaorang tak faham maksud
penyampaian aura atau viral sokongan ke? apa mereka takde TV 42" ke kat
negara mereka??
Ada
pulak yang kata mereka sokong sebab sokong dari kecik, yang nih paling
buat aku jem. Sokong dari kecik????? kau kecik-kecik pun duduk mana dik
non oii..?? ini semua tak lain tak bukan adalah trending, cuba tengok
Johor sebagai contoh, bertahun-tahun main stadium kosong tapi bila TMJ
jadikan bolasepak sebagai trending di sana, friendly pun penuh, hujan
pun masih duduk tengok bola. Jadi sekarang nak cakap pergi stadium sebab
kualiti permainan?? sebab takde anak kecik?? sebab urusan harian semua
dah selesai?? ini bukan nak kutuk orang Johor tapi nak bagi contoh dan
syabas warga Johor kerana telah kembali menyokong pasukan tempatan anda.
;-)
Ada
pulak yang cakap, kita tak boleh cakap yang tengok bola kat restoran
dan TV tu semua tak pegi stadium, mana tahu mereka lah yang memenuhi
stadium masa Malaysia main. Kalau macam tu baguslah, syabas, tapi aku
nak cakap bukan pasal pegi stadium masa Malaysia main sahaja, ini soal
liga domestik kita, liga tempatan. Kita ada liga sendiri tau tak, tapi
stadium jarang penuh, kesian kat pemain yang rata-rata orang kita nih
terpaksa bersaing dengan orang Eropah untuk menambat hati orang sendiri.
Ada
jugak yang cakap, aku tak kahwin lagi boleh lah pergi tengok bola
setiap game, aku takde anak kecik jadi aku tak faham apa erti komitmen.
Keliru kejap, berkecamuk otak memikirkan. Habis yang kat Eropah tu semua
bujang-bujang ke tengok bola?? Yang tiap-tiap minggu penuhkan Stadium
Sultan Muhammad ke-IV tu semua hok "buje-buje belako?" habis kenapa
Stadium Shah Alam tak ramai datang adakah sebab ramai rakyat Selangor
nih dah berkahwin dan ada anak kecik?? maknanya dalam seluruh negeri
Selangor nih hanya ada dalam lingkungan 200-300 orang sahaja yang masih
bujang dan tiada anak kecil?? sebab itu je ramainya setiap minggu.
Ada
juga falsafah sokongannya begini, disebabkan syarikat Malaysia ada yang
menaja pasukan di BPL contoh, Queens Park Rangers dan Cardiff City yang
membawa nama Malaysia di jersi mereka jadi mereka kata mereka sokong sebab ada kena
mengena dengan Malaysia. Aku pun pelik, apa yang Liga Malaysia tu takde
nama Malaysia ke? Takde kena mengena dengan Malaysia?? Apa yang main
dalam saingan liga tempatan nih semua takde kena mengena dengan Malaysia ke? semua orang luar ke yang main? ini kalau nak cakap pasal ada kena mengena dengan Malaysia lah kan kan kan.
Ada
pula yang cakap itu pilihan masing-masing nak sokong mana nak sokong
macam mana nak sokong depan TV ke nak sokong pasukan luar ke itu hak
mereka, betul aku setuju, jadi nanti kita tak perlu lah bising-bising
kalau coach pilih pemain yang dia suka sebab ikut suka dia lah hak dia.
Ikut suka pemain lah nak passing ke laut ke, nak tahan bola sebatu ke,
itu hak dia, ikut suka dia lah. Tapi itu jarang berlaku, sebab mesti
ramai yang akan suruh pemain yang ada dalam liga tempatan nih ikut suka
mereka, nak kena tahan bola cara yang mereka suka, nak kena passing ikut
gameplay yang mereka tentukan tapi mereka tak pernah nak fikir apa yang
pemain suka, apa yang jurulatih suka, pemain suka stadium penuh ada
pernah kau fikir? jurulatih gembira dapat aura sokongan dari stadium
yang penuh ada pernah kau fikir? Tapi bila borak, liga kita kena tiru
liga Jepun lah, liga kita kena swastakan lah, kena itu lah ini lah. Dia
sendiri pun tak berubah lagi suruh orang lain berubah.
Sebenarnya
kalau tak nak sokong "local football" nih macam-macam alasan diciptakan
demi untuk membela diri sendiri. Kita kata begini dia keluar alasan
nih, kita kata begitu dia keluar alasan tu, sudahnya sampai bila pun
stadium kita tak penuh dalam saingan liga tempatan kecuali perlawanan
akhir Piala Malaysia atau Piala FA, maka muncul penyokong setia yang
selama ini sembunyi kat mana tak tahu tapi tiba-tiba jadi setia.
Aku
kat sini bukan nak jatuhkan hukuman, nak cakap itu salah ini betul,
tidak, cuma pokoknya di sini ialah kita sokong bolasepak tempatan kita,
pasukan tempatan kita, pemain yang main pun orang tempatan kita(campur
1-2 import). Senang, "Support Local Footbal" bukan bererti membenci
liga-liga lain di seluruh dunia, cumanya "Support your local teams, your
local football scene, your local players".
Korang
yang support pasukan luar nih pasukan eropah semua bagus-bagus, idea
ada, cara sokongan menarik, semangat tu tinggi, cuma apa kata kalau
korang cuma lencongkan semua tu kepada pasukan tempatan anda di
stadium-stadium pasukan tempatan anda. Itu je, mudah je bukan aku suruh
kau pegi benci pasukan eropah atau bakar semua jersi pasukan eropah yang
kau dah beli selama nih, cuma aku ajak korang lontarkan tenaga sokongan
korang dan kreativiti sokongan korang pada liga tempatan untuk pasukan
tempatan anda. Ingat pasukan tempatan bukan pasukan Harimau Malaya ya.
Tapi
kalau dah tak nak jugak tak boleh buat apa lah, cakap macam mana pun
pasti akan ada alasan makanya terpaksa je lah pemain-pemain dan pasukan
tempatan mengadap stadium kosong dan penuh di satu-satu masa dan situasi
perlawanan sahaja.
Akhir kata "Support Local Football" dan Presiden FAM Sila Letak Jawatan(tambah lauk sikit bagi cukup rasa) hehe.
Sekadar tulisan dan pendapat.
No comments:
Post a Comment