Monday, 10 December 2012

Big Bad Wolf dan Liku-Liku Perjalanan

sepanjang 6 tahun duduk di KL aku tak pernah masuk mines shopping mall.tapi hari sabtu lalu eskapisme dalam kehidupan pun bermula,aku pergi ke mines dengan membeli tiket ke lrt bandar tasik selatan menelan kos 3.70 sen,di tasik selatan aku bertukar ke ktm ke stesen serdang kos tiket ktm 1.00 ringgit, dari ktm aku berjalan kaki ke mines shopping mall dan membuang masa berlegar mencari surau dan barulah ke bangunan sebelah yang aku fikir itu convention centre dan selamat sampai ke Big Bad Wolf .....

sebanyak 29 ringgit dihabiskan membeli buku world cup companion,book of lists football,singapore dan norway. untuk menjadi negara maju kena lah mengetahui apa-apa dasar yang diamalkan oleh mereka barulah kita layak digelar negara maju,dan belajar dari negara maju bukannya membandingkan kelemahan kita dengan negara dunia ke3 dan memberi alasan bersyukur...kepala bana anda wahai ahli politik.

29 ringgit untuk 4 buah buku itu sesuatu yang berbaloi kerana jika dibeli pada harga asal pasti mencecah 100 ringgit.dan aku jugak berhabis 3 jam masa di situ semata-mata mencari buku yang betul aku perlukan dan beberapa kali aku memilih buku kemudian tinggalkan buku tu kat rak buku lain sebab aku hanya memperuntukkan 30 ringgit sahaja untuk membeli buku.










No comments:

Post a Comment