harga rm 20
tulisan nami cob nobbler
kisah anak muda awal milenium yang bencikan imej berbaju batik,penjaga moral,double standard dalam bermuzik,anak muda yang gilakan grunge,anak muda yang bencikan neck tie,rambut belah tepi dan lepak di restoran bercerita hal-hal bisnes,remaja yang anti muzik tanpa scrotum ciptaan eddie hamid dan saari amri.anak muda yang suka gig di warp discoteque tetapi rasa berat sebelah sebab polis hanya ada zakar bila serbu gig rm 15 tapi tak berani serbu orkestra yang dihadiri muka rasuah,kroni,penzalim buruh,pengampu.
di penghujung bab dalam buku ini nizam bertemu sarah ex hafiz,hafiz - kawannya yang telah lama menghilang,rafi dan partner nya yang aku sudah lupa namanya.dan paling menarik di suatu gig nizam secara tak sengaja terjumpa dengan brader grunge dave and the gang yang memperkenal dunia grunge kepada nya.itu satu pertemuan paling nostalgik setelah 20 tahun tak berjumpa. dalam novel ini juga terselit minda si nizam ini terinspirasi dari kisah perjalanan isham rais selama 20 tahun isham hidup dalam perlindungan di luar negara,dan yang paling diingati dalam novel ini ialah karakter azlam@ LAM, seorang remaja berusia 19 tahun yang meninggalkan rumahnya di ipoh,perak dan survive seorang diri di kuala lumpur dengan bekerja di kedai baju bundle dan malam nya berniaga burger. lam jugak ibarat seorang manusia yang menentang arus pemikiran dengan menyelar tindakan polis yang berani menyerbu gig yang hanya memerlukan 15 ringgit untuk masuk tetapi tiada telur untuk me-rush majlis hiburan yang dihadiri ahli korporat al-keparat, cukong-cukong kapitalis yang merompak duit rakyat dan malaon-malaon yang menindas buruh.
azlam juga mem-fuck kan segala unsur yang mengawal dan men-setup pemikiran anak muda iaitu tamat sekolah-belajar-kerja-kahwin ini ibaratkan anak muda tiada perancangan dan eskapisme dalam hidup dan pemikiran dengan hanya memikirkan untuk terus mengikut arus kehidupan yang diwarisi sejak budaya pergi universiti,rambut belah tepi,baju kolar,baju batik menjadi satu trend dan kemestian kepada anak muda. tapi bahagian yang paling menyedihkan ialah kematian lam yang sungguh tragis iaitu dia hancur di bahagian muka dan sejak kematian lam kehidupan nizam sungguh poyo,kerja...kerja...kerja....
No comments:
Post a Comment