Sunday 23 December 2012

Kami Juara Kami Menang 4 kali !!!!

setelah 5 tahun penantian untuk membawa piala suzuki kembali ke kota singa penantian itu berakhir malam tadi.walaupun kalah 1-0 hasil tandukan kirati keawsombut tapi secara aggregat nya singapura menang 3-2.dapat dilihat dengan jelas malam tadi singapower memilih untuk bermain secara bertahan sehingga minit 94.

kemenangan malam tadi didedikasikan kepada uncle duric yang memilih untuk bersara selepas tamat edisi piala aff 2012 ini, raddy avramovic juga melakar sejarah sebagai jurulatih pertama memenangi AFF sebanyak 3 kali iaitu 2005,2007,dan 2012.kapten karisma,shahril ishak mendapat anugerah most valueable player of the tournament. skuad singapower sebenarnya tempang tanpa khidmat haris harun 14 dan shi jiayi 7, haris cedera di bahagian tulang kering sejak perlawanan menentang laos dan shi jiayi pula terpaksa kembali ke shanghai atas urusan keluarga.ini memberi masalah kepada kreativiti serangan singapura sejak perlawanan menentang filipina.

singapower juga masih mengekalkan rekod bersih di final dengan menang kesemua 4 final yang mereka layak iaitu 1998,2005,2007 dan 2012.setiap kali masuk final mesti singapower wajib menang diharap skuad singapower 2014 akan menuruti jejak langkah skuad singapura 2012

untuk bangsa dan negara !!! majulah !!!


No comments:

Post a Comment