Tuesday, 1 May 2012

1 mei


 
1 mei ?? hari pekerja ?? apa maknanya nya hari pekerja kalau pekerja praktikal di sektor swasta seperti aku masih bekerja di hari yang dikhususkan untuk golongan yang kolarnya tidak berwarna putih sebaliknya biru,hitam,merah,kelabu dan sebagainya.

di hari pekerja aku masih bekerja seperti biasa 8 jam ++ setiap hari.1 mei hanyalah tarikh yang tak bermakna.yang bekerja di ofis mestilah mereka cuti tetapi yang memberi / menjual perkhidmatan seperti aku pastinya tiada cuti di hari public holiday.

golongan kolar putih yang aku maksudkan ialah golongan eksekutif,pengarah dan pegawai yang cuti sabtu dan ahad, kerja 9 pagi - 5 petang, kerja 5 hari seminggu,cuti di public holiday.aku bengang kerana kalaupun aku kena bekerja di hari ini tetapi sekurang-kurangnya berilah penghargaan atau adakan staff parti atau majlis untuk meraikan staff yang bekerja keras untuk memberi perkhidmatan kepada berpuluh-puluh pelanggan bukannya memanjakan golongan yang menjual air liur atas alasan mereka ini menaikkan keuntungan firma padahal kami lah yang bekerja keras untuk memastikan produk dan servis yang dihasilkan adalah terbaik,

memang aku bengang kerana aku sosialis dan aku menghabiskan hari aku bekerja bersama golongan kelas pekerja dan juga proletariat.aku cukup benci bila berbual wajib ke sebut nama datuk,tan sri, YB, ?? dan juga menyampah bila dengar sembang pasal projek,tender dan kontrak bernilai juta-juta ringgit padahal itu hanyalah hasil usaha mengampu dan menjadi kaki kipas.

aku lupa perdana menteri kita sendiri bukannya berasal dari orang susah,dia tak merasa azab kena carik duit sendiri,dia tak kena marah dengan bos pasal dari kecik sampai ke besar di lahirkan dalam  keluarga yang memerintah bukan diperintah,dia tak merasa takde kenderaan sendiri macam aku kena jalan kaki dari rumah-naik tren-berhimpit dalam tren- pasal perdana menteri kita sendiri pun pergi kerja ada orang hantar- tak naik tren pasal untuk keselamatan-pergi mampus sama keselamatan!!  pasal perdana menteri tak naik tren la aliran pengangkutan awam di malaysia antara yang terteruk di dunia.sedangkan datuk bandar london pun pergi kerja naik bas-tren semata-mata nak menguji ke cekapan sistem jaringan pengangkutan awam.

1 mei ?? memang aku dapat cuti walaupun cuti ni aku dapat di masa akan datang.tapi persoalannya apakah makna dan penghargaan yang diberikan kepada pekerja ? yang bekerja 8 jam++ dan 6 hari seminggu

No comments:

Post a Comment