Thursday, 31 May 2012

adidas predator mania

kembali ke 10 tahun dulu....masa tu aku mula berkecimpung dalam arena bolasepak.setiap petang selepas pukul 4.30 petang balek saja dari sekolah agama aku akan turun ke padang di sebelah rumah untuk bermain bolasepak hingga pukul 6,pada masa itu kekerapan aku menendang bola sehari ialah ialah hampir 40 kali kerana di  sekolah kebangsaan aku akan bermain 'bola' tin penyek pada waktu rehat dan di sekolah agama aku akan bermain juga bola tin penyek pada waktu rehat dan ini dianggap sebagai latihan kepada aku.


 

pada waktu itu aku tak tau apa itu kasut bola atau but.setelah mengenali michael owen, david beckham baru aku mula mengambil tahu dengan lebih dalam jenis-jenis but ini.pada waktu itu aku tertarik pada predator mania yang di pakai oleh david robert joseph beckham.predator mania yang dipakai david beckham nampak lain dari yang lain kerana superstar pada waktu itu seperti zidane dan yang lainnya majoriti memakai predator mania berwarna klasik iaitu merah-putih-hitam.


dan sejak itu aku mula berangan yang satu hari nanti aku akan memakai but ini dan ianya tidak pernah menjadi realiti.walaupun pelbagai jenis rekaan dan model diperkenal kan aku masih lagi meng kagumi rekaan dan warna adidas predator mania ini.

No comments:

Post a Comment