Saturday 26 May 2012

kenangan wwe light heavyweight

 

masa zaman aku pasca kanak-kanak iaitu tahun 2005. aku mula ketagih main game wwe smackdown kebetulan pulak masa tu minat aku dalam arena  gusti ni mula bercambah.masa tu PS 1 masih lagi relevan untuk kanak-kanak yang tak mampu macam aku.

tahun tu 2005 dan wwf smackdown tu keluar tahun 2000/2001. antara penggusti yang jadi kegemaran aku ialah jeff hardy & matt hardy. rey mysterio belum ada lagi dalam game tu pasal masa tu dia kat wcw lagi.mengikut jadual yang ditetapkan jeff hardy termasuk dalam kategori light heavyweight iaitu penggusti yang berat badannya di bawah 100 kilogram.


                                     

sebab aku minat jeff hardy ialah costum dia yang stylo memakai jeans,t shirt dan rubber band di lengan.jeff jugak cukup diminati dengan ideanya yang ekstrem seperti mengadakan perlawana hardcore TLC table,ladder,chair dan juga perlawanan menggunakan tangga untuk merebut tali pinggang secara tag team.

jadi penggusti untuk kejuaraan ini rata-rata badannya bersaiz kurus dan sederhana.kalau badan bersaiz besar dan bersix pad macam john cena,ron truth tu selayaknya kategori world heavyweight.mengikut rekod jeff hardy memenangi light heavyweight sebanyak sekali dan tempoh itu hanya 20 hari. dalam video game yang aku main pulak boleh kata lebih dari 10 kali aku menang wwf light heavyweight tu.kadang-kadang naik bosan jugak bila lawan pencabar yang sama macam scotty too hotty,essa rios,dean malenko,x pac.

tempoh light heavyweight di wwf hanya bertahan 4 tahun saja dari tahun 1997-2001 kerana sejak 2001 satu lagi kejuaraan iaitu cruiserweight yang sama tarafnya dengan lightheavy weight dibawa masuk dari WCW yang sudah bankrap dan dibeli oleh wwe.di sini cruiserweight akan mengambil tempat light heavyweight.


untuk nota tambahan, cruiserweight juga dilupuskan sejak 2008 dan kini penggusti berbadan kecil diberi peluang yang lebih besar untuk mencabar kejuaraan united states championship dan intercontinental championship.ini juga menghentikan tohmahan segelintir peminat yang menyindir wwe cruiserweight & light heavyweight hanya sagu hati untuk penggusti berbadan kecil menjadi juara.

No comments:

Post a Comment