Monday, 14 May 2012

asalkan bukan man u

epl berakhir sudah dan manchester city akhirnya bergelar juara. pada aku,aku tak kisah mana-mana team nak menang epl asalkan bukan manure utd team yang megah dengan kejuaraan di pulau britain tapi jadi douche bag sejati di peringkat eropah.

game malam semalam sungguh buat aku mengantuk dengan man city dah melancarkan 30 kali shot ke pintu gol QPR tapi hanya 1 saja yang membolosi gol QPR berbanding qpr yang melancarkan 3 shot ke pintu gol man city dan 2 daripadanya membuahkan gol. 90 minit sungguh memberi  tekanan kepada roberto mancini, blue mancunian dan liam galagher.masuk saja ke masa kecederaan edin dzeko menanduk masuk gol penyamaan dan 2 minit kemudia sergio aguero menjaringkan gol kemenangan yang mengesahkan kejuaraan liga pertama man city untuk tempoh 44 tahun.

sementara itu manchester united yang bersorak di stadium of light akhirnya menang sorak trofi tergadai apabila 5 minit masa tambahan di etihad stadium menghampakan mereka untuk memenangi liga dan ini kali pertama dalam 7 tahun mereka menamatkan musim tanpa sebarang trofi.
 


champion 2011-2012 ?? hahahaha simpan buat kenang-kenangan la

No comments:

Post a Comment