Wednesday 9 May 2012

CHE1SE4

 
 pernah dengar sweet revenge ?? itulah gelaran kemenangan pagi tadi.sejujurnya aku kurang berpuas hati dengan keputusan 4-1 sepatutnya 6-1 atau 7-1 banyak peluang termasuk penalti steward downing yang gagal disempurnakan.begitu juga dengan penyudah kurang cantik caroll dan sekali lagi palang dan tiang gol anfield menunjukkan mereka jauh lebih cekap dari ross turnbull.

1-0 michael essien
 2-0 jordan henderson

3-0 agger
 3-1 ramires

 4-1 shelvey

pesta me-lauk chelsea dimulakan dengan michael essien yang action menolak bola masuk ke gawang sendiri selepas menerima hantaran luis suarez.disusuli lorongan cantik maxi dan disudahi dengan tendangan leret jordan henderson melepasi ross turnbull, tandukan tonggeng agger menambah pesta gol liverpool dan ramires menghadiahkan sagu tahi dan harapan palsu untuk chelsea, clearance 'cantik' ross turnbull menjadi assist kepada gol jonjo shelevey yang merembat kencang ke pintu gol chelsea yang terbuka luas

kesimpulannya, dendam akibat gol yang tidak disahkan sabtu lalu terbalas walaupun game ni tak menjanjikan piala tapi agak unik dan jarang sekali dapat menyaksikan chelsea di ayamkan 4-1 terutama selepas era roman abramovich, jika di era ken bates dahulu ini satu perkara biasa.

dengan kemenangan pagi tadi misi untuk mengagalkan chelsea dari slot ke UEFA champions league season depan  BERJAYA dan ini pasti dikenang sebagai game of the season. chelsea mengakhiri musim ini di tangga ke 6 dan itu satu penamat terburuk mereka sejak roman mengambil alih.kali terakhir mereka menamatkan musim di luar top 4 ialah 2001-2002 di tempat ke 6 eh! lebih kurang macam sekarang ni la chelsea pun di tempat ke 6.

sekarang ni perebutan tempat ke 3 dan 4 menjadi tiga penjuru dengan newcastle,spurs & arsenal perlu memenangi perlawanan terakhir liga mereka. untuk chelsea, pilihan hanya satu memenangi liga juara-juara di allianz arena 19 mei nanti.kalau tak menang siap sedia lah tengok roman mengamuk   

No comments:

Post a Comment