Friday 4 May 2012

the avengers

dah lebih 8 bulan aku tak buat enrti pasal movie.semalam aku tengok the avengers kat Tanjung Golden Village, KLCC harga tiket ialah rm 14 ringgit dan aku pergi dengan aiman,co worker aku kat coffee house yang jugak tak pernah pegi KLCC.

kitorang ambik waktu tayang pukul 5 petang dan cerita bermula dengan loki membuat pakatan dengan chitauri untuk menguasai bumi.bermula dengan loki mengambil tesseract - sumber kuasa yang berasal dari asgard.


 nick fury - pengarah agen SHIELD merekrut kapten amerika,incridible hulk,iron man dan thor untuk berjuang sebagai the avengers.tetapi keadaan menjadi lebih buruk apabila konflik tercetus setelah kapten amerika menemui senjata yang dicipta oleh SHIELD. nick fury menyatakan senjata nuklear dicipta untuk menghalau orang-orang dari planet asgard dari membinasakan bumi seperti yang terjadi di dalam filem thor.kemudian mereka mendakwa semua itu idea dari legasi stark(tony stark dan bapanya howard stark) yang mahu menjadi kaya hasil penciptaan senjata canggih,kapten amerika juga dituduh kerana apa yang merubah fizikal nya kepada super human adalah ciptaan bapa howard stark.incridible hulk pula tanpa disedari dipengaruhi oleh loki dan ini membawa kepada pergaduhan sesama avengers dan berakhir dengan kematian agen phil coulson.

loki pula berjaya melarikan diri dari tahanan di  helicarrier- sebuah pesawat canggih yang mirip kapal angkasa.dan kapal angkasa itu musnah setelah di bom oleh agen clint barton yang sedang dikawal oleh loki dan setelah bertarung dengan natasha romanoff black widow,agen clint barton akhirnya kembali sedar.
                                          
the avengers kembali bergabung dengan masing-masing memainkan peranan memusnahkan raksaksa dari planet chitauri yang datang ke new york hasil laluan portal yang dijana oleh dr erik selvig yang juga dikawal mindanya oleh loki dan untuk menutup laluan itu senjata loki digunakan dan iron man telah menukar haluan sebuah torpedo yang disasarkan untuk memusnahkan new york dengan masuk ke ruang portal ke angkasa lepas dan mensasarkan torpedo itu ke planet chitauri.



pertempuran itu berakhir dengan the avengers di dakwa sama ada kawan atau musuh.loki dibawa pulang ke asgard oleh thor dan the avengers yang lain membawa haluan masing-masing

No comments:

Post a Comment