Thursday, 17 May 2012

pelangi petang

       

ku percaya nanti suatu masa sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung bersama nya
kau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menhiburkan hati ini
seharian waktu bersama mu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti pergi jua

minggu ni aku berada dalam keadaan sedih dan menambahkan kesedihan aku bila kenny dalglish dipecat. dan ini pemergian kali ke 2 kenny dalglish.ramai yang menghentam kenny dalgslish tentang pencapaian dalam liga liverpool,tapi tak ramai yang sedar kenny dalglish berada dalam satu fasa yang baru untuk membuat perubahan di liverpool.contohnya semasa era rafa benitez liverpool cemerlang bila steven gerrard dan torress bermain bersama tetapi tanpa 2 ikon ini liverpool diibaratkan kapal tanpa nakhoda.

dan bila kemasukan king kenny sebagai caretaker manager dia perlukan masa untuk mengubah landskap liverpool dengan membawa masuk pemain-pemain baru dan dalam tempoh itu liverpool nampaknya sudah tidak lagi memerlukan steven gerrard dan fernando torress.pasukan liverpool di bawah bimbingan kenny dalglish pada separuh pertama musim 2011-2012  menunjukkan prestasi yang baik dan apabila kemasukan semula steven gerrard pada separuh kedua musim 2011-2012 prestasi liverpool jatuh merudum. gerrard hanya relevan pada era benitez dan pada era dalglish tiada pemain ikon dan pasukan bermain lebih bebas tanpa perlu mengharap pada seorang pemain saja.


kenny dalglish menjadi mangsa kepada sistem bolasepak moden yang tidak percaya pada proses dan evolusi.alex fergie memerlukan 5 tahun untuk membentuk skuad  yang benar-benar mantap dan kenny dalglish hanya diberikan setahun setengah untuk membentuk semula skuad yang dah jadi 'besi buruk' kepada skuad yang baru lahir- ingat bill shankly mengambil masa 9 tahun untuk menghidupkan semula liverpool dari sebuah pasukan divisyen dua kepada pasukan kejuaraan di division satu.

dalam tempoh setahun setengah itu tempat ke 6,piala liga dan finalis piala FA telah dicapai.harry redknapp yang kononnya cemerlang bersama spurs pun gagal membawa spurs  memenangi sebarang piala apatah lagi layak ke final walaupun dia sudah 3 tahun mengambil alih spurs.tanpa king kenny aku tak kan dapat melihat kelibat martin kelly,jay spearing,jon flanagan,jonjo shelvey diberi peluang beraksi bersama pasukan senior.

No comments:

Post a Comment